Saturday, September 18, 2010

Bincangkan hukum adat yang di amalkan di Tanah Melayu,Sabah,Sarawak sebelum campur tangan British.

Adat ialah peraturan yang diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukuman yang harus dipatuhi. Selain itu adat juga bermaksud kebiasaan atau sudah lumrah yang di terima oleh setiap individu dalam sesebuah masyarakat. Terdapat dua jenis adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat yang diamalkan di Sabah ialah Adat Dusun,Adat Tenom,Timogun dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Adat yang diamalkan di Sarawak ialah Mahkamah Anak Negeri Sarawak.

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Sumatera. Adat Temenggung bersifat autokrasi iaitu raja berkuasa mutlak. Raja atau sultan diberi hak dan keistimewaan seperti daulat,bahasa dalaman,penggunaan warna, dan beberapa alat kebesaran. Sumber dalam negsra adalah hak raja. Rakyat tidak boleh mempersoalkan kewibawaan raja yang memerintah.Adat Temenggung mementingkan nasab sebelah bapa(patrilineal) dalam semua hal. Lelaki menjadi ketua keluarga kerana mengikut hukum syarak.Walaupun mengutamakan kaum lelaki,kaum wanita turut memainkan peranan penting dalam keluarga dan masyarakat. Pembahagian harta menurut Adat Temenggung lebih memihak kepada kaum lelaki. Ini bermakna dalam pembahagiaan harta kaum lelaki lebih diutamakan kerana anak lelaki dianggap sebagai pemimpin keluarga.

Dalam aspek perkahwinan pula,Adat Temenggung membenarkan anggotanya berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan syarak. Selepas berkahwin,isteri dikehendaki mengikut suaminya kerana lelaki ialah ketua keluarga. Dari segi perlaksanaan undang-undang,Adat Temenggung lebih tegas dan keras. Undang-undang ini bersifat member pengajaran dan amaran kepada yang lain supaya tidak melakukan kesalahan tersebut. Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada golongan pemerintah. Ini dapat dilihat dari segi perlaksanaan hukuman terhadap golongan pemerintah dan golongan diperintah. Kesalahan yang sama dilakukan tetapi hukuman dikenakan terhadap golongan pemerintah lebih ringan berbanding hukuman yang yang dikenakan terhadap golongan yang diperintah.

Adat Perpatih mula diamalkan di Tanh Melayu pada abad ke-17. Adat ini dibawa olh Orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang di Sunatera. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan,Naning dan Alor Gajah. Adat ini diasakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Minagkabau Sumatera. Dalam pembahagian harta adat ini mengutamakan ini lebih mengutamakan kaum wanita(matrilineal). Harta pusaka akan diwariskan oleh ibu kepada anak perempuannya. Jika anak perempuan tiada, harta itu akan diturunkan kepada adik perenpuannya,anak adik perempuannya atau cucu perempuan adiknya. Adat Perpatih lebih menggutamakan kaum wanita berpunca daripada sikap lelaki yang suka merantau atau mengembara. Kaum wanita yang ditinggalkan mesti dibekalkan dengan harta sebagai pemberian nafkah. Ini menjadikan kaum wanita dalam Adat Perpatih lebih kaya. Dalam aspek perkahwinan pula adat ini mengamalkn eksogami iaitu tidak membenarkan perkahwinan sesama suku kerana dipercayai mempunyai pertalian darah. Kalau berkahwin sesama suku dianggap telah melanggar adat dan akan dibuang daerah. Orang lelaki tidak dibenarkan berkahwin dua orang perempuan yang sesama suku. Setelah berkahwin suami mesti meninggalkan keluarganya dan menetap di rumah isterinya. Suami digelar orang semenda. Walau bagaimanapun,suami tetpa menjadi ketua keluarga. Jika berlaku penceraian atau kematian isteri,anak-anak akan diserahkan kepada sebelah bapanya kerana bapa tidak mempunyai hak ke atas anak-anak.

Dalam aspek pemerintahan pula,Adat Perpatih dianggap lebih demokrasi kerana perintahan dipilih oleh Undang. Ini bermakna Yang-di Pertuan Besar dipilih secara permufakatan oleh undang daripada calon yang dinggap benar-benar layak. Undang dipilih oleh Lembaga, Lembaga dipilih oleh Buapak, dan Buapak dipilih oleh Perut. Ini bermakna sistem perlantikan dibuat daripada peringkat bawahan. Walau Adat Perpatih lebih mengutamakan kaum wanita dalam soal pemerintahan, kaum lelaki masih lagi memegang kuasa tertinggi.

Undang-undang jenayah dalam Adat Perpatih dianggap lebih bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Tujuan hukuman yang diberikan adalah untuk membaiki keadaan dan bukan untuk menghukum pesalah. Undang-undang adat ini bergantung kepada undang-undang adat yang biasa dijalankan oleh buapak atau lembaga. Hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Yang di-Pertuan Besar sahaja. Adat Perpatih percaya orang yang melakukan kesalahan boleh berubah menjadi baik.

Undang-undang Adat Sabah pula diamalkan secara lisan dan diamal turun temurun. Masyarakat Sabah mengamalkan adat-adat seperti adat Dusun,adat Tenom dan Timogun yang dijalankan oleh Orang Tua. Selain itu, Orang Dayak memperkenalkan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Mahkamah ini digubal berdasarkan kepercayaan dan adat resam Dayak. Mahkamah ini ditubuhkan melindungi dan menjaga hal ehwal masyarakat peribumi Sarawak. Selain itu,mahkamah ini mengadili perkara-perkara yang berkaitan peraturan. Ketua Mahkamah untuk kes-kes besar ialah Orang Kaya Pemenca. Bagi kes-kes kecil pula diadili oleh Tuai Rumah.

Di Sarawak pula mengamalkan adat-adat seperti adat Tunggu iaitu denda dan kesalahan dan undang-undang Mahkamah Melayu. Adat ini dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-Tua. Selain itu, turut diwujudkan Mahkamah Anak Negeri Sabah untuk mengendalikan undang-undang adat.Bentuk hukuman yang dikenakan ialah keras. Sebagai contoh, bagi hukuman bunuh atau sumbang akan dikenakan hukuman bunuh atau daerah. Bagi jenayah lain pula akan dikenakan ganti rugi seperti babas,sogit dan kepanasan.

Kesimpulannya, hukum adat berbeza di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Namun, fungsi adat ini adalah sama iaitu untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup serta dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara.

2 comments:

  1. What is the point if you don't let people to copy and paste, since you wrote ....like essay -.-

    ReplyDelete