Monday, November 21, 2011

SEJARAH DIRI



UCAPAN TERIMA KASIH, BEGITU SUSAH UNTUK KELUAR DARI MULUT PELAJAR KINI,
UCAPAN SELAMAT SEJAHTERA, JAUH PANGGANG DARI API.
SEDARLAH DIRI, JIKA ANDA HORMAT ORANG BARULAH ANDA AKAN DIHORMATI.....

SAYA TIDAK SALAHKAN ANAK-ANAK MUDA TETAPI SALAHNYA PADA MAK DAN AYAH YANG TIDAK TAHU MENDIDIK ANAK!!!!

BAPA BOREK ANAK RINTIK!!!!!

HAYATI SEJARAH

Sunday, November 13, 2011

TIP SPM 2011 5

1a. Senaraikan cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara. [2m]
i. Melalui tentera / Ksyatria/penaklukan
ii. Melalui pedagang /Vaisya
iii.Melalui pendeta /Brahmin
iv.Melalui pengambilan aspek kebudayaan India yang menarik / disesuaikan dengan budaya tempatan



b. Apakah unsur Hindu Budha dalam sistem pentadbiran beraja [2m]
i. gelaran raja digunakan
ii. raja berada di puncak pemerintahan
iii. raja berkuasa mutlak
iv. perintah raja menjadi undang-undang
v. yang melanggar perintah bermakna menderhaka
vi. lahir konsep dewa-raja
vii.Raja memiliki kesaktian
viii.dalam istiadat pertabalan raja
x. Mitos dan legenda tentang asal usul raja



c. Senaraikan dua kepentingan monumen dalam kerajaan awal [2m]
i. monumen keagamaan
ii. rumah ibadat
iii.Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarga
iv.Tempat menyimpan patung dewa utama kerajaan
v.Lambang keagungan pemerintah
vi.Lambang orde kosmos



d. Nyatakan kepentingan bahasa sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara [2m]
i. meningkatkan pencapaian intelek masyarakat
ii.mengandungi maklumat tentang agama/pemerintahan/raja/undang-undang
iii.menjelaskan tentang keturunan raja
iv. menerangkan ajaran Buddha / bahasa keagamaan
v. mengandungi arahan/pemberitahuan pemerintah
vi. sebagai bahasa ilmu
vii.sebagai bahasa komunikasi
viii. untuk menulis epik Hindu
vii.bahasa pemerintahan / amaran raja



e. Pada pandangan anda, apakah pengaruh Hindu Budha yang masih diamalkan oleh masyarakat Malaysia sehingga hari ini [2m]
i. dalam kesenian
ii. dalam pemerintahan
iii. dalam kesusasteraan
iv. perkahwinan

Wednesday, November 9, 2011

TIP SEJARAH SPM 4*

BAB 5- MESTI DIHAFAL


1) Hijrah


a. Sebab Hijrah
b. Hujah menyangkal orientalis Barat
c. Kepentingan Hijrah
d. Konsep hijran yang boleh diamalkan oleh pelajar


2) Perjanjian Aqabah
a. Pihak yang terlibat dalam perjanjian Aqabah 1 & 2
b. Isi Perjanjian Aqabah 1 & 2
c. Kesan Perjanjian Aqabah 1 & 2
d. Iktibar daripada Perjanjian Aqabah
e. Keadaan masyarakat Madinah sebelum hijrah



3) Piagam Madinah

a. Isi kandungan Perjanjian Piagam Madinah
b. Kepentingan Piagam Madinah
c. Iktibar yang boleh dicontohi daripada sikap masyarakat Madinah


4) Pembukaan Semula Kota Makkah
a. Faktor pembukaan semula Kota Makkah
b. Faktor yang membawa kejayaan kepada pembukaan
c. Kepentingan pembukaan semula kota Makkah
d. Usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia
e. Keperluan keamanan dan kesejahteraan dikekalkan


5) Penyebaran Islam
a. Strategi penyebaran Islam di Madinah
b. Tindakan Arab Quraisy menghapuskan kerajaan Islam Madinah
c. Situasi/Keadaan membenarkan peperangan dalam Islam
d. Garis panduan dalam peperangan
e. Peranan pemimpin mengharmonikan negara

TIP SEJARAH SPM 3

BAB 3


1) Pengaruh Agama Hindu dan Buddha dalam Kerajaan Awal


a. Cara-cara kedatangan/penyebaran pengaruh agama Hindu Buddha ke AT
b. Pengaruh dalam Sistem Pemerintahan & Pentadbiran
c. Kepentingan/peranan Bahasa Sanskrit dalam Kerajaan Awal
d. Maklumat pada Batu Bersurat di Tapak Sejarah Awal Asia Tenggara
e. Kepentingan candi/monumen
f. Pengaruh Hindu dan Buddha yang masih diwarisi hingga kini
g. Langkah mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia
h. Cara mempertahankan kebudayaan kebangsaan oleh generasi muda
i. Cara mengekalkan bangunan bersejarah

TIP SEJARAH SPM 2

BAB 2


1) Peningkatan Tamadun China

a. Bentuk pemerintahan Dinasti Chin
b. Undang/ Falsafah Legalisme Dinasti Chin
c. Nama Maharaja yang membina Tamadun Chin
d. Cara meluaskan kuasa
e. Sebab perlu mematuhi peraturan dan undang –undang negara


2) Peningkatan dalam bidang Ekonomi & Sosial

a. Sumbangan Tamadun China dalam bidang ekonomi
b. Sistem pendidikan Tamadun China
c. Sumbangan Tamadun China dalam bidang seni bina dan pertanian
d. Iktibar daripada peningkatan Tamadun China dalam pendidikan
e. Iktibar daripada perkembangan ekonomi Tamadun China dan India
f. Ciri/Kepentingan pendidikan zaman Vedik (tamadun India)
g. Kegiatan ekonomi Tamadun India
h. Maksud stresthin
i. Seni bina tamadun Yunani
j. Langkah memajukan negara
k. Kepentingan bidang pendidikan dan pertanian kepada Negara



3) Pemerintahan & Pentadbiran Tamadun Yunani


a. Sistem pemerintahan & pentadbiran sebelum sistem demokrasi
b. Cara amalan demokrasi dalam tamadun Yunani
c. Kebaikan sistem demokrasi
d. Bentuk pemerintahan diamalkan tamadun Yunani

TIP SEJARAH SPM 1

BAB 1

1) Tamadun Indus

a. Nama bandar terancang
b. Ciri/Keistimewaan bandar terancang
c. Kegiatan ekonomi masyarakat Indus
d. Sumbangan Tamadun Indus
e. Cara masyarakat tamadun Indus berjaya membina Bandar terancang
f. Cara mengekalkan kebersihan dan keceriaan Bandar
g. Ciri bandar terancang di tempat tinggal anda

Tuesday, October 4, 2011

SELAMAT MENJAWAB

Kepada semua pelajar diharap dapat menghafal konsep dan selamat menjawab

KONSEP SEJARAH TINGKATAN 3

1. Kesan kekalahan Barat kepada Jepun ialah menyemarak semangat menentang penjajah.
2. Tujuan British mengamalkan taktik bumi hangus ialah melumpuhkan ekonomi, melengah-lengahkan kemaraan Jepun
3. Orang Melayu menentang Malayan Union kerana sultan kehilangan kuasa, hak istimewa dicabar dan Sir Harold Macmichael menggunakan tipu muslihat.
4. Kejayaan Pentadbiran tentera British ialah menghapuskan penguasaan PKM selama 14 hari, memberhentikan pergaduhan antara kaum , mewujudkan keamanan dan menegakkan undang-undang, memujuk PKM & MPAJA menyerahkan senjata
5. Persekutuan Tanah Melayu dibentuk kerana orang Melayu menentang Malayan Union.
6. Cara penentangan terhadap Malayan Union ialah secara individu, melalui akhbar dan secara kolektif.
7. L.D.Gammans dan David Rees William merupakan ahli parlimen British yang meninjau sejauhmana orang Melayu menentang Malayan Union.
8. Tujuan UMNO 1946 ialah menentang Malayan Union. dan Piagam UMNO adalah sebagai panduan untuk UMNO bergerak.
9. Za’Ba menambah perkataan ‘N’ atau nasional pada UMNO
10. Cogan kata UMNO Hidup Melayu ditukar kepada Merdeka oleh Sheikh Gharieb Raub.
11. Tujuan PKM ialah menubuhkan republik komunis Malaya.
12. Peranan Min Yuen ialah mencari makanan, mencari maklumat dan ubat.
13. Tuntutan Tunku Abdul Rahman semasa Rundingan Baling ialah bubar PKM, letak senjata dan serah diri.
14. Undang-undang Darurat 1948 yang diisytihar kerana pembunuhan 3 pengurus ladang berbangsa Eropah menggariskan 4M– menahan, menggeledah, memindah, memagar.
15. Kesan kekejaman komunis semasa darurat ialah melumpuhkan ekonomi.
16. Tujuan konvensi dan konferensi ialah memupuk perpaduan kaum.
17. Dato’ Onn Jaafar menuntut kerjasama pelbagai kaum dalam satu parti dengan menubuhkan IMP dan Parti Negara.
18. Peranan Awang Rambli dan Bujang Suntong ialah memimpin gerakan antipenyerahan.
19. Tujuan Perjanjian Pemulihan Hubungan antara Malaysia dengan Indonesia[Adam Malik] ialah menamatkan konfrontasi
20. Lee Kuan Yew [pemimpin Parti Petir] memperjuangkan persamaan hak bagi semua kaum iaitu konsep Malaysian Malaysia
21. Brunei menarik diri daripada menyertai Malaysia kerana masalah hasil minyak dan kekananan sultan.
22. Perlembagaan Sarawak 1941 tidak dilaksanakan kerana kedatangan Jepun [Perang Dunia]
23. Sekolah vernakular merupakan sekolah yang menggunakan bahasa ibunda.
24. Rombongan Merdeka kembali ke Tanah Melayu pada 20 Februari 1956 dan disambut meriah di Padang Merdeka, Bandar Hilir, Melaka
25. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia [JPPM] ditubuhkan untuk mengadakan rundingan dengan pemimpin wilayah-wilayah terbabit.
26. Konfrontasi bermaksud penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia.

KONSEP SEJARAH TINGKATAN 2

1. Penghantaran bunga emas kepada Siam dihentikan kerana Perang Myanmar-Burma.
2. Negeri-negeri Selat [NNS] terdiri daripada Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
3. NNS ditubuhkan untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan.
4. George Maxwell cuba menyerapkan sistem pentadbiran Barat di Kedah dan Tunku Mahmud mengekalkan identiti Kedah melalui penggunaan BM dalam surat rasmi, cuti umum pada hari jumaat dan penggunaan kalendar Hijrah.
5. Dato Muhammad Salleh bin Perang melukis peta pembangunan negeri Johor.
6. Pangeran Indera Mahkota mengenakan cukai yang tinggi dan tidak membayar upah sehingga menyebabkan orang Melayu dan Bidayuh bangun menentang di Sarawak.
7. James Brooke menubuhkan Majlis Tertinggi, Majlis Negeri dan Majlis Bahagian.
8. Serangan rumah api Tanjung Rachado menyebabkan pelantikan residen di Selangor.
9. Kesan Perjanjian Pangkor ialah kekurangan kuasa pentadbiran, kehilangan hak memungut cukai dan pelantikan residen.
10. Kesan Surat-surat Kew ialah British menduduki jajahan Belanda di Timur.
11. Perjanjian Inggeris- Belanda 1824 menyebabkan perpecahan kepada dua lingkungan pengaruh.
12. Sistem kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim dan orang Cina dari Singapura dibawa masuk untuk menanam lada hitam dan gambir di Johor.
13. Persamaan sistem Kontrak dan sistem Kangani ialah tambang dibayar, majikan ditetapkan dan tempoh bekerja ditentukan.
14. Harga getah menurun pada 1930-an kerana kemelesetan ekonomi dunia.
15. Langkah menstabilkan harga getah ialah Rancangan Sekatan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa [kurangkan pengeluaran dan tingkatkan harga]
16. Dol Said menentang di Naning kerana enggan membayar 1/10 hasil pertanian sebagai cukai kerana mendakwa Naning bukan sebahagian Melaka.
17. Dol Said menentang di Naning kerana bayaran cukai, pelaksanaan undang-undang Barat dan membantah pelucutan jawatan penghulu.
18. Dato Bahaman menentang kerana pembinaan balai polis, hilang hak kutip cukai dan pelucutan gelaran.
19. Idea pembaharuan Kaum Muda disebarkan melalui akhbar al-imam
20. Pembinaan landasan kereta api tertumpu di pantai Barat kerana kekayaan bahan mentah.
21. Kesan pembukaan Terusan Suez ialah persaingan kuasa barat, peningkatan perdagangan dan pengeksploitan hasil bumi.
22. Ramai pemuda Melayu menganggotai PASPAM untuk mewujudkan perpaduan Melayu.
23. Ketua anak Negeri Sabah belajar di sekolah latihan
24. Jesselton dikenali sebagai Api-api, Singga Mata atau Diasuka,
25. Orang Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Kontrak manakala orang India melalui Sistem Kangani.
26. British mengamalkan dasar ekonomi PECAH dan PERINTAH untuk elakkan perpaduan antara kaum kerana boleh menggugat kedudukan mereka.

KONSEP SEJARAH TINGKATAN 1

1. Kaedah arkeologi melibatkan cabang gali cari, angkasa lepas dan maritim.
2. Ketepatan usia bahan arkeologi disahkan melalui pentarikhan radiokarbon.
3. Fosil ialah tinggalan haiwan atau tumbuhan zaman lampau.
4. Keadah lisan tidak tepat kerana mengandungi tokok tambah.
5. Zaman Mesolitik yang tidak wujud di Malaysia berkaitan dengan alat batu Hoabinh.

6. Kapak genggam digunakan pada zaman Paleolitik.
7. Pada zaman Neolitik beliung digunakan untuk menggali tanah dan mengetam kayu.
8. Penciptaan tembikar berkaitan dengan zaman Neolitik
9. Kerajaan Angkor dan Funan merupakan kerajaan Agraria yang berasaskan pertanian.

10. Raja kerajaan Srivijaya dikenali sebagai Raja Di Gunung Dan Maharaja Di Pulau.
11. Bahagian pentadbiran Srivijaya ialah pentadbiran diraja , pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran daerah
12. Masyarakat maritim mahir membuat kapal serta menguasai ilmu pelayaran.
13. China mengurniakan cop mohor , sepersalinan pakaian kuning dan sekaki payung kuning kepada Melaka untuk mengiktiraf.
14. Pokok bakau & api-api bertindak sebagai benteng pertahanan dan pelindung semulajadi
15. Muka bumi berbukit-bukau berfungsi sebagai petunjuk bagi pelayar & pertahanan Melaka.

16. Untuk mendapatkan sokongan , sultan memberi kuasa untuk kutip cukai melalui kawasan pemakanan dan mentadbir melalui kawasan pegangan.
17. Pelabuhan entrepot bermaksud pusat pengumpulan dan pengedaran barangan
18. Sistem cukai berkeutamaan atau Panduan adalah mengikut tempat asal peniaga.
19. Hubungan Melaka dan Pasai ialah hubungan setaraf dan menggunakan istilah salam.
20. Pembangunan Melaka bergantung kepada kewibawaan pemimpin.

21. Rempah ratus diperlukan untuk mengawet & menyedapkan makanan, memanaskan badan
22. Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.
23. Tun Perak mengarah pengikutnya membawa keluarga berpindah ke Melaka bagi menghadapi serangan siam untuk meningkatkan semangat angkatan tentera.
24. Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.
25. Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.

26. Pedagang beralih dari Melaka ke Acheh kerana dasar perdagangan penjajah atau kenaikan kadar cukai.
27. Peranan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah ialah menaikkan semangat juang askar.
28. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berubah kerana menerima ancaman luar dan untuk tujuan keselamatan.
29. Perang 3 Segi antara Acheh, Johor dan Melaka [Portugis] untuk menguasai jalan perdagangan.
30. Pembesar yang terlibat dalam usaha menawan Melaka ialah Tun Sri Lanang [pengarang Sejarah Melayu] dan Tun Abdul Jamil.

31. Meramu ialah kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan.
32. Denai penarikan ialah jalan singkat yang menghubungkan Pahang dengan Melaka namun perahu perlu ditarik untuk sampai ke sungai.
33. Tarian Ngajat ditarikan sebagai tanda kesyukuran semasa pesta menuai padi [Hari Gawai - Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Antu]
34. Perlombongan antimony dan emas di Sarawak diusahakan oleh kaum Bidayuh
35. Tepung sagu diperoleh daripada ripo atau isi pokok sagu.

36. Orang Penan dilarang menetap secara kekal, dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan.
37. Orang Iban percaya jika burung ketupung dan burung beragai berbunyi menandakan tidak boleh mendirikan rumah di kawasan tersebut.
38. Orang Iban menyimpan tajau yang berfungsi sebagai harta simpanan.
39. Sistem serah ialah pemberian sebahagian hasil tanaman kepada pemerintah.
40. Sistem kerah ialah melakukan tugas tanpa upah.

Sunday, September 18, 2011

YAMASHITA TOMOYUKI


Jeneral Tomoyuki Yamashita (山下 奉文 Yamashita Tomoyuki) (8 November 1885 – 23 Februari 1946) adalah seorang Jeneral Tentera Imperial Jepun semasa Perang Dunia II. Dia paling dikenali kerana berjaya memimpin Ketumbukan Ke-25 Tentera Jepun semasa kempen penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Kerana kejayaan ini, Yamashita menerima jolokan “Harimau Malaya”.



Yamashita dilahirkan di sebuah perkampungan kecil bernama Osugi Mura di Pulau Shikoku pada 8 November 1885. Selepas lulus dari Akademi Kadet dalam tahun 1905, Yamashita menghadiri Maktab Peperangan Tentera Darat (Army War College (Japan)) dalam tahun 1913 hingga tahun 1916. Dalam tahun-tahun 1919 hingga 1922, Yamashita ditugaskan sebagai Atase Pertahanan di Berlin, Jerman dan di Bern, Switzerland.


Lt Jen Yamashita (duduk, tengah) menumbuk meja dengan tangannya untuk memaksa Panglima British Lt Jen Percival untuk menyerah kalah. (Foto Imperial War Museum).Walaupun dia berkebolehan, Yamashita tidak disenangi oleh pucuk pimpinan Tentera kerana penglibatan beliau dalam kumpulan pendesak dalam tahun 1920-an dan 1930-an. Yamashita berselisihan faham dengan Menteri Perang (Menteri Pertahanan) Hideki Tojo yang memimpin kumpulan "Control Faction" yang menjadi saingan utama kepada kumpulan "Imperial Way" yang menjadi ikutan Yamashita.

Yamashita juga tidak disukai oleh Maharaja Showa kerana telah membuat rayuan belas kasihan daripada Maharaja ke atas kumpulan pegawai yang memberontak dalam Kejadian 26 Februari 1936 (Pemberontakan Pegawai-Pegawai Muda). Yamashita juga mendesak supaya Jepun meninggalkan wilayah China dan untuk mengadakan perhubungan baik dengan Amerika Syarikat dan Britain. Ini menyebabkan Yamashita tidak diambil peduli dan ditugaskan ke jawatan tidak penting dalam Tentera Kwangtung .

Dari tahun 1938 hingga 1940, Yamashita menjadi panglima Divisyen Ke-4 Infantri dan terlibat dalam operasi pembasmian pemberontakan di China yang menentang penjajahan Jepun. Dalam bulan Disember 1940, Yamashita dihantar menjalankan tugasan sulit ke Jerman dan Itali di mana dia berjumpa dengan Hitler dan Mussolini



Pada 6 November 1941, Yamashita dilantik menjadi Panglima Ketumbukan ke-25 Tentera Jepun. Pada 8 Disember 1941, Yamashita melancarkan kempen untuk menakluk Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura daripada pangkalan-pangkalan di Indochina. Dalam kempen yang berkesudahan dengan kekalahan Tentera British seramai lebih 130,000 orang oleh 30,000 orang askar Jepun menaikkan nama Yamashita. Gambar Lt. Jen. A. E. Percival berjalan dengan bendera putih dipaparkan di seluruh dunia dan disifatkan oleh Winston Churchill sebagai kekalahan paling teruk dalam sejarah ketenteraan British. Kejayaan Yamashita membuatkannya diberikan gelaran “Harimau Malaya”.

Kempen penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan penaklukan Singapura diiringi oleh banyak kejadian kekejaman yang dilakukan oleh askar-askar Jepun seperti Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong melibatkan ratusan askar Australia dan India yang cedera dibunuh oleh askar-askar dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun, pembunuhan kakitangan dan pesakit di Hospital Tentera Alexandra, Pembunuhan beramai-ramai Sook Ching di mana lebih 5,000 orang awam berbangsa Cina dibunuh secara sistematik sebagai pembersihan elemen-elemen yang memusuhi Jepun di kalangan masyarakat tersebut. Penglibatan Yamashita di dalam perlaksanaan kekejaman ini masih menjadi bahan perbahasan.

Pad 17 Julai 1942, Yamashita dihantar dari Singapura ke Manchuria sebagai Panglima Ketumbukan Tentera Pertama, dan dengan ini terasing daripada sebahagian besar Perang Pasifik. Pengasingan Yamashita sekali lagi disebabkan oleh permusuhan Perdana Menteri Hideki Tojo, yang menggunakan kesilapan Yamashita semasa berucap di Singapura sebagai alasan pengasingannya. Yamashita tersilap cakap apabila memanggil rakyat di Singapura sebagai “rakyat empayar Jepun” sedangkan Kerajaan Jepun tidak menganggap rakyat jajahan takluknya sebagai rakyat Jepun dan tidak diberikan hak dan keistimewaan yang diberikan kepada rakyat Jepun..

[WIKIPEDIA]

STAMFORD RAFFLES


Raffles diangkat sebagai Leftenan Gabenor Jawa pada tahun 1811 dan dinaikkan pangkat sebagai Gabenor Sumatera tidak lama kemudian, ketika British mengambil alih jajahan-jajahan Belanda ketika Belanda diduduki oleh Napoleon Bonaparte dari Perancis. Ketika memegang jawatan sebagai pentadbir Hindia-Belanda (sekarang Indonesia), Raffles menguruskan banyak hal: beliau memperkenalkan autonomi terbatas, menghentikan perdagangan hamba, mengubah sistem tanah pemerintah kolonial Belanda, menyelidiki flora dan fauna Indonesia, meneliti peninggalan-peninggalan kuno seperti Candi Borobudur dan Candi Prambanan, Sastera Jawa serta lain-lain. Dia mempelajari sendiri bahasa Melayu dan meneliti dokumen-dokumen sejarah Melayu yang dan mengilhamkan pencariannya akan Borobudur. Hasil penelitiannya di pulau Jawa dituliskan dalam sebuah buku berjudulkan History of Java (Sejarah Jawa), yang menceritakan sejarah Jawa. Raffles dibantu oleh pembantunya iaitu James Crawfurd dan Kolonel Colin Mackenzie.
[wikipedia]

Saturday, May 28, 2011

KESULTANAN MELAYU MELAKA - DARI WIKIPEDIA

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.


PARAMESWARA

Menurut Sejarah Melayu, Parameswara yang dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yang berasal dari keturunan Srivijaya. Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasek. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru.[2][3]

Menurut "Suma Oriental", Parameswara ialah seorang raja Palembang yang menggantikan ayahandanya, Raja Sam Agi. Beliau diserang oleh Raja Jawa, Batara Tamavill, sewaktu beliau menggelarkan dirinya sebagai Mjeura ("orang yang berani"). Ekoran daripada itu, beliau melarikan diri ke Singapura. Setelah membunuh wakil Raja Siam (bernama Tamagi) di Singapura, Parameswara menjadi pemerintah palsu pada satu tempoh yang tidak lama kerana beliau telah diserang dan dihalau oleh pihak Siam tidak lama selepas itu. Dengan seribu pengikutnya, beliau menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk mencari tempat perlindungan yang baru.

Menurut Sejarah Melayu ("Malay Annals") yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di Sungai Bertam, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja.

Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Perutusan pertama dari China yang diketuai oleh Laksamana Yin CHing telah tiba di Melaka pada tahun 1403. Beliau telah memberi hadiah-hadiah kebesaran daripada MAharaja Yung Lo kepada Parameswara sebagai tanda persahabatan dengan negeri baru Melaka itu. Parameswara membalas hadiah-hadiah kebesaran kepada Maharaja Yung Lo pada 1405.

Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja Ming, Yung Lo.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

PERJANJIAN PANGKOR

Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 di antara Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan pembesar-pembesar yang menyokong baginda iaitu Bendahara, Temenggung, Orang Kaya Menteri, Shahbandar, Raja Mahkota, Laksamana dan Dato' Sagor. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak, satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ini telah ditandatangani di atas kapal HMS Pluto yang berlabuh di Selat Dinding, iaitu di kawasan perairan di antara Lumut dan Pulau Pangkor.

Dengan persetujuan Sultan Abdullah juga, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang berkuasa di Hulu Perak dan bersemayam di Tanjong Belanja, Parit, daripada pangkat sultan tetapi membenarkan Sultan Ismail memakai gelaran "Sultan Muda" dengan memberi pencen 1,000 ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut.


FAKTOR PERJANJIAN


Perak pada masa itu merupakan pengeluar bijih timah utama yang mendahului United Kingdom pada abad ke-19. Sementara Inggeris, yang pada masa itu sudah mendapat Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, menganggap Perak sebagai satu negeri yang amat penting. Tetapi keadaan yang tidak stabil seperti Perang Larut dan pergaduhan antara kongsi gelap Cina mengganggu perniagaan bijih timah ketika itu.

Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871. Raja Abdullah, sebagai Raja Muda, sepatutnya dilantik sebagai sultan baru akan tetapi disebabkan baginda tidak menghadiri upacara pengkebumian, Raja Bendahara Raja Ismail telah dilantik. Raja Bendahara Ismail diangkat dan ditabalkan kerana mengikut istiadat pertabalan Raja-raja Melayu, baginda adalah sultan yang sah oleh kerana baginda memiliki alat-alat kebesaran diraja (regalia). Baginda berkuasa dan mempunyai pengikut-pengikut yang ramai di Hulu Perak.

Perasaan tidak puas hati mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Pada masa yang sama, berlaku permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin yang dipimpin oleh Chin Ah Yam dan Hai San yang dipimpin oleh Chung Keng Quee untuk merebut lombong bijih timah.

Raja Abdullah meminta pertolongan Inggeris untuk menyelesaikan dua masalah tersebut. Menurut Lucy Bird (1831-1904) dalam bukunya "The Golden Chersonese and The Way Thither" (diterbitkan pada tahun 1892 oleh G.P Putnam dan Anak-anak), Raja Abdullah meminta pertolongan rakannya di Singapura, Tan Kim Ching. Tan bersama seorang pedagang Inggeris di Singapura merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew Clarke yang ditandatangani oleh Abdullah. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris. Pada 26 September 1872, Chung Keng Quee menghantar petisyen yang ditandatanganinya serta 44 orang lagi ketua orang Cina, meminta campurtangan Inggeris selepas diserang 12,000 orang-orang Chung San. Pihak Inggeris melihat perkara ini sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan pengaruhnya di Asia Tenggara dan monopoli perdagangan bijih timah. Hasilnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874.

MALAYAN UNION [RUJUKAN-WIKIPEDIA]

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 di King's House (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.

Rasional untuk pembentukan Malayan UnionSeawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone.Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Uniondiusulkan , sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.

Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.Namun begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura kedalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.

Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.

Butiran utama Malayan UnionRancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.

Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.

Peringkat memperkenalkan Malayan UnionCadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah Melayu.Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling sesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.

Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti yang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga bimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah semua perjanjian terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk memerintah dihapuskan.

Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946.berserta Kertas Putih satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan undang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.

Gerak balas daripada kaum MelayuBertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemard. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.

Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini mengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.

Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang dari tanah seberang (Indonesia). Di atas kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah Melayu sebelumnya.

Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di mana sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union akan berkubur.

Penubuhan UMNO Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.

Pelaksanaan Malayan UnionMeskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.

Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabernor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu. Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut. Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan tahta mereka, telah menyedarkan sekelian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu . Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam etnik yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union. Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu jumalah orang Cina yang terkorban lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.

Monday, March 21, 2011

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Barisan Perdana Menteri Malaysia yang berkaliber, berketerampilan dan pragmatik.

Lima mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia yang keenam

Tuesday, February 1, 2011

SISTEM PEMBESAR DI JEPUN DAN CHINA

Di Jepun, Shogun Tokugawa memainkan peranan yang penting dalam sistem beraja di Jepun kerana pembesar inilah yang sebenarnya mengambil alih pemerintahan di Jepun. Shogun in pula mempunyai beberapa lapisan dalam sistem sosialnya.
Paling atas sekali ialah Shogun yang yang menguasai pemerintahan. Shogun ini pula dibantu oleh golongan Daimyo yang setia kepada shogun untuk memperkukuhkan kedudukan Shogun.
Golongan Daimyo terbahagi kepada dua golongan iaitu Daimyo Fudai yang sangat setia kepada Shogun kerana mereka ini mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Tokugawa. Biasanya golongan ini diletakkan ditempat yang strategik dan penting. Sementara satu lagi golongan Daimyo dikenali sebagai daimyo Tozama. Mereka ini biasanya diletakkan di kawasanyang berjauhan. Daimyo Tozama juga tidak dibenarkan mengumpul harta kerana dibimbangi akan memberi saingan kepada Shogun.Kebiasaan Daimyo-daimyo ini menguasai perladangan dan estet dan mereka ini disokong oleh Samurai. Golongan Daimyo ini mempunyai kekuasaan sepenuhnya ke atas wilayah yang didudukinya. Bagi mengelakkan ancaman daripada golongan Daimyo, mereka ini dipaksa tinggal di Yedo selama empat hingga enam bulan berjauhan dengan keluarga yang dianggap sebagai tebusan melalui sistem yang dikenali sebagai Sankin Kotai. Melalui "Law for the militar House" Shogun Iyeyasu telah menentukan had jumlah ketenteraan dan melarang golongan ini mengadakan pakatan antara mereka. Jika mereka ingkar, tanah atau wilayah yang mereka diduduki akan dirampas dan diletakkan di bawah Shogun
Dalam sistem sosial zaman Tokugawa, terdapat juga golongan petani, pertukangan dan saudagar. Golongan petani tarafnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan kelas pertukangan dan saudagar.
Di negeri China pula, sistem sosialnya dibahagikan kepada maharaja, golongan bangsawan, golongan terpelajar, golongan tani, golongan pertukangan, peniaga, dan golongan askar.
Maharaja menduduki tempat yang teratas yang mempunyai kuasa autokrat dan menggubal undang-undang.
Di bawah raja merupakan golongan bangsawan. Mereka ini mempunyai wilayah mereka yang tersendiri dan berkuasa mentadbir di wilayah tersebut. Golongan inilah yang memainkan peranan penting ke arah kestabilan pemerintahan Dinasti Manchu. Golongan ini juga ada yang disebut sebagai hulubalang yang mempunyai anggota tentera yang khusus dalam mengekalkan kestabilan pemerintahan Dinasti Manchu.
Golongan ini jugalah yang bangun memberontak menentang kerajaan pusat seperti yang berlaku semasa kematian Yuan Shih Kai. Golongan hulubalang ini telah mengistiharkan kemerdekaan wilayah masing-masing dan bersaing sesama sendiri dalam merebut kawasan dan kekuasaan