Wednesday, December 29, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

PEJAM CELIK PEJAM CELIK
akhirnya kita sudah menghampiri
penghujung tahun 2010.
Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat 'A' dalam
mata pelajaran Sejarah PMR baru-baru ini.
Teruskan perjuangan kerana perjuangan yang sebenar bermula ketika kamu di tingkatan 4.

Semoga Berjaya.
Selamat Tahun Baru 2010,
tanamkan tekad dan usaha dengan nekad

Wednesday, November 24, 2010

GLOBALISASI

MAKSUD
- perubahan kepada dunia tanpa sempadan
- perubahan akibat kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi
maklumat
- perubahan akibat kemajuan teknologi dan komunikasi
- Barangan dapat menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat

- tenaga dan modal dapat menyeberangi sempadan dalam masa yang
singkat

KESAN
- perkembangan teknologi maklumat
- meningkatkan ekonomi negara
- mengukuhkan hubungan serantau
- meningkatkan keruntuhan akhlak

PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN


FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN ORANG EROPAH


1. Desakan ekonomi- keperluan bahan mentah dari timur seperti emas, sutera dan rempah ratus
2. Semangat kagamaan- mereka ingin menyebarkan agama kristian ke seberang laut.
3. Galakan raja Sepanyol dan raja Portugal-galakan Putera Henry
4. Motto gold,gospel dan glory disebarkan.


KESAN PENJELAJAHAN TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT


1. Syarikat berpiagam diwujudkan.
2. Barangan dari Eropah telah memperkaya ekonomi dan masyarakatnya.
3. Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.
4. Masyarakat peribumi telah menerima kristian.

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG HARUS DICONTOHI IALAH

1. ketua keluarga yang bersifat terpuji
- membuat kerja rumah
- menjadi teladan kepada anak-anak

2. pemimpin yang bijaksana
- menyelesaikan isu perletakan Hajar Aswad

3. pemimpin yang unggul
- siddiq
- sentiasa bercakap benar
- amanah dan dipercayai

4.pemaaf dan suka merendah diri
- memaafkan kaum Quraisy semasa pembukaan semula Kota Makkah
- dapat bergaul mesra dengan semua orang

5. sangat penyabar
- menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan

Friday, November 19, 2010

GERAKAN NASIONALISME THAILAND



Apakah faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand?




F-Rakyat menentang sistem raja berkuasa mutlak.


F-Sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap sistem raja berpelembagaan kepada golongan intelek Thailand.


F-Kelemahan sistem pentadbiran.F-Sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.


F-Penubuhan Parti Rakyat pimpinan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshal Phibul Songram


F-Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932.


F-Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.








Gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand?


F-Cengkaman Kapitalis.


H-Rasa tidak puas hati rakyat


H-Perdana Menteri Phibul Songram meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.


H-Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.




F-Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam ekonomi.


H-Jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.




F-Pada 1939,Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.


H-Thailand telah berjaya mendapatkan wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu semula.








Mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain?


F-Perkembangan sistem pendidikan Barat.


F-Memperkenalkan sistem Birokrasi Barat.


F-Muncul golongan baharu dalam pentadbiran berdasarkan tahap pendidikan.


F-Pemodenan pentadbiran berjaya mengekalkan kemerdekaan.


F-Memperkenalkan sistem raja berperlembagaan menggantikan raja berkuasa mutlak.


F-Melantik penasihat Barat untuk mengetuai jabatan dan melatih pegawai tempatan.


GERAKAN ISLAH

Maksud Gerakan Islah
  • memimpin masyarakat Melayu supaya membetulkan pandangan mereka terhadap agama Islam

Akhbar dan majalah yang menjadi wadah perjuangan

  • Al-Imam
  • Neracha
  • IdaranZaman
  • Pengasuh

Matlamat perjuangan Gerakan Islah - menggalakkan kegiatan perniagaan - mengamalkan gaya hidup berlandaskan Islam

Thursday, November 18, 2010

Tamadun Indus

1. Bandar Terancang
- Harappa
- Mohenjo Daro

2. Ciri-ciri Bandar Terancang
- Dibahagi 2 bahagian
- jalan raya lurus
- sistem kumbahan terancang

3. Faktor kemajuan pembinaan bandar terancang
- Ilmu Geometri
- Ilmu Matematik
- Pembakaran batu bata dengan suhu yang tinggi

4. Hubungan luar Tamadun Indus
- Hubungan dengan Mesopotamia
- Hubungan Perdagangan Antarabangsa


Monday, November 15, 2010

SEJARAH TINGKATAN 4





  • Sumbangan Tamadun Hwang Ho dan Indus




  • Pengaruh Hindu-Buddha dalam pentadbiran




  • Sifat Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w




  • Perjanjian Aqabah 1 dan 2




  • Peperangan dalam Islam




  • Pembukaan semula kota Makkah




  • Teori kedatangan Islam




  • Kesan kedatangan Islam




  • Pengaruh Islam ke atas masyarakat




  • Undang-undang Tanah




  • Cara Kemasukan Buruh dan kesannya




  • Perbandaran








TUMPUAN SPM

Tulisan Ideogram
SIMBOL YIN YANG
TINGKATAN 4




1. Sumbangan Tamadun Hwang Ho



  • memperkenalkan sistem pemerintahan monarki


  • gelaran raja ditukar kepada maharaja


  • pembinaan sistem pengairan


  • pembinaan terusan. Contoh : Szechwan


  • penciptaan cangkul dan sabit


  • penanaman di atas batas


  • pemujaan roh nenek moyang


  • Penciptaan tulisan berbentuk simbol/ ideogram


  • Konsep Yin Yang [Alam semesta terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi


  • Konsep Feng Shui [cara manusia hidup secara harmoni]

Monday, November 8, 2010

Tumpuan Sejarah Kertas Dua

Pelajar STPM yang dikasihi, di sini saya senaraikan beberapa tajuk penting Sejarah Malaysia yang menjadi tumpuan pada tahun ini:
  • sistem politik sebelum kedatangan Barat
  • ekonomi sara diri dan komersial sebelum kedatangan Barat
  • penentangan terhadap penjajah di Perak dan Pahang

Sejarah Asia pula tumpuan yang lebih harus diberikan kepada tajuk :

  • Adat di Thailand, Myanmar, India dan China
  • Dasar tutup pintu [isolasi]
  • Perjanjian Kanagawa dan Bowring

Sunday, October 3, 2010

JAMES BROOKE- RAJA PUTIH SARAWAK











James Brooke merupakan seorang pedagang yang belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama dan dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Bidayuh dan Melayu menentang Kesultanan Brunei.
Dia membantu Pengeran Muda Hashim [Sultan Brunei ]menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei

James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.

Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868

TAMADUN HARAPPA







Tamadun India adalah merupakan salah sebuah tamadun besar dunia yang telah banyak memberi pengaruh kepada peradaban tamadun selepasnya. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan tamadun India, bermula daripada zaman prasejarah seterusnya sehinggalah kepada perkembangan Islam di India dan akhirnya berlaku penjajahan Barat ke atas India.

Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind, Pakistan) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi.
Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama. Sungai Indus sebagai sumber dan nadi kerana hasil pertaniannya seperti kapas, gandum, barli, kacang dan bijan.

Saturday, October 2, 2010

TAMADUN HWANG HO

1. Tamadun Hwang Ho merupakan salah satu tamadun awal dunia.

(a) Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang
(i) ..................................................................................................................... [1 m]

(b) Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.
(i) ......................................................................................................................
(ii) .....................................................................................................................[2 m]

(c) Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou ?
........................................................................................................................... [1 m]

(d) Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapat sokongan
daripada pembesar mereka ?
(i) ........................................................................................................................
(ii) .......................................................................................................................
(iii) ...................................................................................................................... [3 m]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan
dalam Tamadun Hwang Ho?
(i) .........................................................................................................................
(ii) ........................................................................................................................
(iii) .......................................................................................................................[3m]

SEJARAH MELAKA





ALFONSO DE ALBUQUERQUE telah mengetuai serangan ke atas Melaka









China mengurniakan cop mohor , sepersalinan pakaian kuning dan sekaki payung kuning kepada Melaka.

Pokok bakau & api-api bertindak sebagai benteng pertahanan dan pelindung semulajadi

Muka bumi berbukit-bukau berfungsi sebagai petunjuk bagi pelayar & pertahanan Melaka.

Untuk mendapatkan sokongan , sultan memberi kuasa untuk kutip cukai melalui kawasan pemakanan dan mentadbir melalui kawasan pegangan.

Pelabuhan entrepot bermaksud pusat pengumpulan dan pengedaran barangan

Sistem cukai berkeutamaan atau Panduan adalah mengikut tempat asal peniaga.

Hubungan Melaka dan Pasai ialah hubungan setaraf dan menggunakan istilah salam.

Pembangunan Melaka bergantung kepada kewibawaan pemimpin.

Rempah ratus diperlukan untuk mengawet & menyedapkan makanan, memanaskan badan

Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.

Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.

Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.







MELAKA SUATU KETIKA DAHULU

Thursday, September 23, 2010

SOALAN POPULAR PMR

1. Penciptaan tembikar berkaitan dengan zaman Neolitik
2. Kerajaan Angkor dan Funan merupakan kerajaan Agraria yang berasaskan pertanian.
3. Bahagian pentadbiran Srivijaya ialah pentadbiran diraja , pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran daerah
4. China mengurniakan cop mohor , sepersalinan pakaian kuning dan sekaki payung kuning kepada Melaka.
5. Hubungan Melaka dan Pasai ialah hubungan setaraf dan menggunakan istilah salam.
6. Pembangunan Melaka bergantung kepada kewibawaan pemimpin.
7. Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.
8. Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.
9. Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.
10. Pedagang beralih dari Melaka ke Acheh kerana dasar perdagangan penjajah.

PENDUDUKAN JEPUN

Lengkapkan

1. Kemenangan Jepun dalam Perang Rusia-Jepun (_________) menyebabkan Jepun ____.
2. Faktor yang mendorong Jepun memperluas kuasa ialah _______, _______ dan ____.
3. Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana __________.
4. taktik ‘bumi hangus’ yang digunakan oleh ______ ialah _______,_______dan____.
5. Tujuan utama taktik ‘bumi hangus’ digunakan adalah ________________________.
6. Kedah, ____, ____ dan Terengganu diserahkan kepada Jepun untuk______________.
7. Peranan British Military Administration (BMA) adalah _______________________.
8. British menubuhkan Malayan Union dengan alasan _____________________________.

Wednesday, September 22, 2010

TUMPUAN SEJARAH PMR

ULANG KAJI TINGKATAN 2

1. Sistem kangcu diperkenalkan oleh Temenggung Daeng Ibrahim dan orang Cina dari Singapura dibawa masuk untuk menanam lada hitam dan gambir di Johor.

2. Persamaan sistem Kontrak dan sistem Kangani ialah tambang dibayar, majikan ditetapkan dan tempoh bekerja ditentukan.

3. Harga getah menurun pada 1930-an kerana kemelesetan ekonomi dunia.

4. Langkah menstabilkan harga getah ialah Rancangan Sekatan Stevenson dan Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa [kurangkan pengeluaran dan tingkatkan harga]

5.Dol Said menentang di Naning kerana enggan membayar 1/10 hasil pertanian sebagai cukai kerana mendakwa Naning bukan sebahagian Melaka.

SEJARAH PMR 2010

ULANG KAJI TINGKATAN 1

1. Rempah ratus diperlukan untuk mengawet & menyedapkan makanan, memanaskan badan

2. Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.

3. Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.

4. Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.

5. Pedagang beralih dari Melaka ke Acheh kerana dasar perdagangan penjajah.

6. Peranan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah ialah menaikkan semangat juang askar.

7. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berubah kerana menerima ancaman luar dan untuk tujuan keselamatan.

8. Perang Tiga Segi antara Acheh, Johor dan Melaka [Portugis] untuk menguasai jalan perdagangan

Saturday, September 18, 2010

CARA PENULISAN ESEI SEJARAH

Sejarah merupakan mata pelajaran yang amat mudah untuk diingati sekiranya pelajar mempunyai inisiatif menghafal fakta-fakta penting.

Dalam penulisan esei Sejarah STPM setiap pelajar harus menulis pendahuluan isi dan kesimpulan.

Pendahuluan hendaklah bersesuaian dengan tajuk dan ayat terakhir dalan perenggan pendahuluan mesti dikaitkan dengan soalan yang dikemukakan.

Sekiranya tajuk perbandingan, mesti diselitkan dengan perkataan perbandingan seperti MANAKALA, TETAPI, NAMUN, BERBEZA DENGAN, BERBANDING DENGAN atau SEDANGKAN.

Kesimpulan wajar ditulis walaupun pelajar menghadapi kekangan masa. Hal ini demikian kerana, pelajar akan kehilangan 2 hingga 3 markah sekiranya gagal menulis kesimpulan.

Bincangkan hukum adat yang di amalkan di Tanah Melayu,Sabah,Sarawak sebelum campur tangan British.

Adat ialah peraturan yang diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukuman yang harus dipatuhi. Selain itu adat juga bermaksud kebiasaan atau sudah lumrah yang di terima oleh setiap individu dalam sesebuah masyarakat. Terdapat dua jenis adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggung. Adat yang diamalkan di Sabah ialah Adat Dusun,Adat Tenom,Timogun dan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Adat yang diamalkan di Sarawak ialah Mahkamah Anak Negeri Sarawak.

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri Melayu kecuali Negeri Sembilan. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan yang berasal dari Sumatera. Adat Temenggung bersifat autokrasi iaitu raja berkuasa mutlak. Raja atau sultan diberi hak dan keistimewaan seperti daulat,bahasa dalaman,penggunaan warna, dan beberapa alat kebesaran. Sumber dalam negsra adalah hak raja. Rakyat tidak boleh mempersoalkan kewibawaan raja yang memerintah.Adat Temenggung mementingkan nasab sebelah bapa(patrilineal) dalam semua hal. Lelaki menjadi ketua keluarga kerana mengikut hukum syarak.Walaupun mengutamakan kaum lelaki,kaum wanita turut memainkan peranan penting dalam keluarga dan masyarakat. Pembahagian harta menurut Adat Temenggung lebih memihak kepada kaum lelaki. Ini bermakna dalam pembahagiaan harta kaum lelaki lebih diutamakan kerana anak lelaki dianggap sebagai pemimpin keluarga.

Dalam aspek perkahwinan pula,Adat Temenggung membenarkan anggotanya berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan syarak. Selepas berkahwin,isteri dikehendaki mengikut suaminya kerana lelaki ialah ketua keluarga. Dari segi perlaksanaan undang-undang,Adat Temenggung lebih tegas dan keras. Undang-undang ini bersifat member pengajaran dan amaran kepada yang lain supaya tidak melakukan kesalahan tersebut. Undang-undang dalam Adat Temenggung lebih memihak kepada golongan pemerintah. Ini dapat dilihat dari segi perlaksanaan hukuman terhadap golongan pemerintah dan golongan diperintah. Kesalahan yang sama dilakukan tetapi hukuman dikenakan terhadap golongan pemerintah lebih ringan berbanding hukuman yang yang dikenakan terhadap golongan yang diperintah.

Adat Perpatih mula diamalkan di Tanh Melayu pada abad ke-17. Adat ini dibawa olh Orang Minangkabau dari Tanah Tinggi Padang di Sunatera. Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan,Naning dan Alor Gajah. Adat ini diasakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Minagkabau Sumatera. Dalam pembahagian harta adat ini mengutamakan ini lebih mengutamakan kaum wanita(matrilineal). Harta pusaka akan diwariskan oleh ibu kepada anak perempuannya. Jika anak perempuan tiada, harta itu akan diturunkan kepada adik perenpuannya,anak adik perempuannya atau cucu perempuan adiknya. Adat Perpatih lebih menggutamakan kaum wanita berpunca daripada sikap lelaki yang suka merantau atau mengembara. Kaum wanita yang ditinggalkan mesti dibekalkan dengan harta sebagai pemberian nafkah. Ini menjadikan kaum wanita dalam Adat Perpatih lebih kaya. Dalam aspek perkahwinan pula adat ini mengamalkn eksogami iaitu tidak membenarkan perkahwinan sesama suku kerana dipercayai mempunyai pertalian darah. Kalau berkahwin sesama suku dianggap telah melanggar adat dan akan dibuang daerah. Orang lelaki tidak dibenarkan berkahwin dua orang perempuan yang sesama suku. Setelah berkahwin suami mesti meninggalkan keluarganya dan menetap di rumah isterinya. Suami digelar orang semenda. Walau bagaimanapun,suami tetpa menjadi ketua keluarga. Jika berlaku penceraian atau kematian isteri,anak-anak akan diserahkan kepada sebelah bapanya kerana bapa tidak mempunyai hak ke atas anak-anak.

Dalam aspek pemerintahan pula,Adat Perpatih dianggap lebih demokrasi kerana perintahan dipilih oleh Undang. Ini bermakna Yang-di Pertuan Besar dipilih secara permufakatan oleh undang daripada calon yang dinggap benar-benar layak. Undang dipilih oleh Lembaga, Lembaga dipilih oleh Buapak, dan Buapak dipilih oleh Perut. Ini bermakna sistem perlantikan dibuat daripada peringkat bawahan. Walau Adat Perpatih lebih mengutamakan kaum wanita dalam soal pemerintahan, kaum lelaki masih lagi memegang kuasa tertinggi.

Undang-undang jenayah dalam Adat Perpatih dianggap lebih bertimbang rasa dan berperikemanusiaan. Tujuan hukuman yang diberikan adalah untuk membaiki keadaan dan bukan untuk menghukum pesalah. Undang-undang adat ini bergantung kepada undang-undang adat yang biasa dijalankan oleh buapak atau lembaga. Hukuman bunuh hanya boleh dijatuhkan oleh Yang di-Pertuan Besar sahaja. Adat Perpatih percaya orang yang melakukan kesalahan boleh berubah menjadi baik.

Undang-undang Adat Sabah pula diamalkan secara lisan dan diamal turun temurun. Masyarakat Sabah mengamalkan adat-adat seperti adat Dusun,adat Tenom dan Timogun yang dijalankan oleh Orang Tua. Selain itu, Orang Dayak memperkenalkan Mahkamah Anak Negeri Sabah. Mahkamah ini digubal berdasarkan kepercayaan dan adat resam Dayak. Mahkamah ini ditubuhkan melindungi dan menjaga hal ehwal masyarakat peribumi Sarawak. Selain itu,mahkamah ini mengadili perkara-perkara yang berkaitan peraturan. Ketua Mahkamah untuk kes-kes besar ialah Orang Kaya Pemenca. Bagi kes-kes kecil pula diadili oleh Tuai Rumah.

Di Sarawak pula mengamalkan adat-adat seperti adat Tunggu iaitu denda dan kesalahan dan undang-undang Mahkamah Melayu. Adat ini dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis Orang Tua-Tua. Selain itu, turut diwujudkan Mahkamah Anak Negeri Sabah untuk mengendalikan undang-undang adat.Bentuk hukuman yang dikenakan ialah keras. Sebagai contoh, bagi hukuman bunuh atau sumbang akan dikenakan hukuman bunuh atau daerah. Bagi jenayah lain pula akan dikenakan ganti rugi seperti babas,sogit dan kepanasan.

Kesimpulannya, hukum adat berbeza di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Namun, fungsi adat ini adalah sama iaitu untuk mengawal perlakuan ahli masyarakat bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan hidup serta dijadikan garis panduan bagi setiap orang untuk melakukan sesuatu perkara.

Bincangkan lima faktor penjelajahan dan penerokaan orang Eropah pada abad ke-15 Masihi.

PENGENALAN
• Konsep penjelajahan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.Penerokaan pula bermaksud menyelidik ,menjelajah,menempuh dan mengharungi.
• Negara Portugal dan Sepanyol telah mengambil inisiatif untuk menerokapantai Benua Afrika pada abad ke-15 masihi.
• Vasco da Gamma berjaya sampai ke Calicut,India.Christopher Columbus pula telah menemui Hispianola.
• Penemuan-penemuan seperti ini merupakan satu era baru dalam sejarah manusia kerana pelayar-pelayar Portugal dan Sepanyol telah memperluaskan pengaruh Eropah ke seluruh dunia.

ISI-ISI:
a)Faktor ekonomi
i)Keperluan sumber ekonomi
• Orang Eropah memerlukan barangan dari Timur spt brg mewah,rempah ratus utk mengawet daging pada musim dingin dan sebagai ubat-ubatan
• Pada abad ke-15,Itali menguasai perdagangan dgn Timur-jual bahan mentah dgn harga yg tinggi-meraih keuntungan yg besar.

ii)Perkembangan kapitalisme dan mekatilisme
• Sistem ekonomi kapitalisme menggalakkan kegiatn mengumpul modal,hak milik persendirian, dan mekantilisme.
• Perkembangan ini mendorong kemunculan dasar ekonomi merkantilisme di Negara-negara bangsa yg menekankan dasar pengumpulan kekayaan,menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan.

iii)Memecah monopoli/penguasaan perdagangan org Islam
• Pasaran perdagangan org Islam mula meluas semasa masyarakat Eropah masih hidup pada zaman gelap.Orang Islam menguasai 2 jalan utama iaitu Timur Tengah dan Afrika Utara.

b)Galakan daripada pemerintah
• Menggalakkan dan menaja pelayaran ke seberang laut.
• Membina Akademi laut, memberkan hadiah dan gelaran kpd peneroka/pelayar yg menemui kawasan baru.
• Contoh :Putera Henry(Portugal) dan Raja John (Sepanyol)

c)Pengaruh Renaissance
• Menggalakkan semangat inkuiri terutamanya yg berkaitan dgn dunia luar-mendorong org Eropah menjelajah dan meneroka.
• Cita-cita dan pemikiran bangsa Eropah mula berubah.Mereka mula mempraktikkan ciri-ciri indvidualisme dan humanisme.
• Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat Eropah mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi.

d)Penyebaran Agama Kristian
• Golongan paderi dan raja-raja Eropah bercita-cita utk mengembangkan agama Kristian ke dunia luar.
• Para mubaligh dan saudagar eropah ingin meneroka tempat baru iaitu Amerika,Asia dan Afrika.
• Contoh:Portugal menakluki Melaka dan menyebarkan agama Kristian.

e)Kemajuan Teknologi Pelayaran
• Maklumat baru tentang geografi dari buku The Travels of Marco Polo.
• Penciptaan peralatan spt kompas magnetic (utk tunjuk arah)dan astrolabe (utk tentukan longitud).
• Peta yg lengkap tentang Benua Eropah dan Laut Mediterranean pada abad ke-15 memudahkan aktiviti pelayaran.
• Penemuan jalan laut utk memendekkan lagi tempoh pelayaran.

KESIMPULAN
• Penjelajahan yg dilakukan oleh peneroka Eropah telah membawa perubahan di Eropah kerana menjadi titik tolak dlm sejarah Eropah moden.
• Faktor-faktor ini berkaitan dengan ekonomi,politik dan agama serta mendorong penjelajahan dan penerokaan org Eropah secara besar-besaran pada abad ke-15 M.

HURAIKAN ADAT YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT CHINA DAN JEPUN.

RANGKA JAWAPAN.

PENDAHULUAN.

1. Adat simbol keseimbangan.
2. Hukum adat diwarisi secara turun-temurun.
3. Tujuan adat ialah menjamin, menjaga dan mengekalkan keharmonian.

ISI-ISI

CHINA

1.Adat wanita hamil
2. Adat berkenaan bayi atau anak.
3. Adat berkenaan anak lelaki.
4. Adat berkaitan anak perempuan.
5. Adat perkahwinan.
6. Adat kow tow.

JEPUN
1. Adat chanoyu.(adat minum teh)
2. Menitikberatkan sopan-santun dan adat aturan.
3. Mementingkan seni dan kecantikan
4. Adat perkahwinan.

KESIMPULAN
1. Hukum adat mempunyai peranan tersendiri.
2. Menjadi panduan dan aturan yang perlu di patuhi.
3. Dapat melahirkan hubungan yang erat antara satu sama lain.

PENTADBIRAN TENTERA BRITISH [PTB]

KEJAYAAN Pentadbiran Tentera British

[GuGUS ]

Menghapuskan penGuasaan PKM selama 14 hari
Mengawal dan memberhentikan perGaduhan antara kaum
Mewujudkan keamanan dan menegakkan Undang-undang
memujuk PKM & MPAJA menyerahkan Senjata

TOKOH DARI JEPUN

JENERAL TOJO
Perdana Menteri Jepun yang menyebarkan propaganda dan menyerang Tanah Melayu

MAHARAJA MIKADO MEIJI
Memperkenalkan Gerakan Pemulihan Meiji sehingga Jepun berjaya muncul sebagai kuasa imperialis

YAMASHITA TOMOYUKI
Dikenali sebagai Harimau Malaya dan mengetuai serangan Jepun di Tanah Melayu

A.E.PERCIVAL
Ketua Tentera British yang menyerah diri kepada tentera Jepun pada 15 Februari 1942

MUDAH SEJARAH

Fakta Sejarah dapat dihafal dengan mudah sekiranya anda menggunakan AKRONIM atau singkatan.CONTOHNYA :

Industri baru diperkenalkan semasa pemenrintahan Jepun di Tanah Melayu

Wan Bawa Kereta Kuda Tanpa Tayar lalu Parking

- Lori dan kereta berkuasa wap
- bahan api daripada susu getah
- kelambu dan kain daripada benang daun nanas
- kertas drp buluh, daun getah dan lalang
- tayar drp getah padat tanpa tiub
- tali kapal daripada sabut kelapa
- peralatan berasaskan kulit haiwan dan logam


Wednesday, September 1, 2010

Sejarah STPM Kertas 2

Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik sebelum kedatangan kuasa barat.

Rangka Jawapan:

Pendahuluan:

 Dibahagikan kepada dua golongan
o Golongan pemerintah ~ (sultan ,pembesar)
o Golongan yang diperintah~ (rakyat)
 Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pelbagai aspek
 Menggunakan hukum yang tidak bertulis

Isi:

Sebagai ketua pentadbiran
 Mempunyai kuasa mutlak dan melantik pembesar
 Merupakan ketua dalam sesebuah negara
 Raja boleh memecat pembesar

Sebagai ketua agama Islam
 Memutuskan dan menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam.
 Dibantu oleh ulama dalam hal ehwal agama
 Memastikan peraturan Islam dilaksanakan

Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat
 Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
 Mempunyai kuasa dalam menentukan kutipan cukai dan hukuman
 Dikecualikan daripada hukuman
 Dapat menerima anugerah daripada rakyat dan pembesar

Hak keistimewaan

 Mempunyai penggunaan bahasa istana dan tinggal istana
 Mempunyai cop mohor dan alat kebesaran
 Unsur mitos
 Diperkuatkan dengan tokoh-tokoh utama
 Mempertinggikan status seseorang sultan
 Menunjukkan ketokohan sebagai raja atau sultan yang berdaulat

Konsep daulat
 Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
 Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
 Rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan

Dibantu oleh pembesar
 Mempunyai jawatan dan gelaran
 Pelantikan pembesar melalui sultan yang menurunkan cop mohor
 Membantu raja atau sultan mengekalkan keamanan negeri
 Menguruskan ekonomi dan sosial kawasan jagaan
 Hubungan saling bergantung antara raja atau sultan dan pembesar

Mempunyai kedudukan tanpa digugat
 Hukuman jenayah dihukum oleh pembesar
 Hukuman berat dihukum oleh sultan
 Pembesar membekalkan tenaga kerja kepada sultan untuk keperluan sultan
 Pengkhususan kerja
 Menguruskan hubungan luar
 Menyatupadukan rakyat
 Mengerahkan tenaga askar dalam pertempuran
 Mengekalkan keamanan, keadilan dan kesejahteraan rakyat

Kesimpulan:
 Peranan sultan atau raja
 Keistimewaan raja
 Peranan pembesar dalam membantu sultan atau raja
 Hubungan antara sultan atau raja dalam memperteguhkan kuasa raja-raja Melayu.