Monday, May 21, 2012

KERAJAAN AGRARIA

1. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya bergantung kepada pertanian. 2. Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman. 3. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini Lembah Mekong 4. Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah a. Mengutip hasil hutan b. Berburu c. Menangkap ikan 5. Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan menternak binatang 6. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah 7. Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang demikian, membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang 8. Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian seperti sawah padi 9. Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan sistem pengairan yang dibina 10. Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti kerajaan Funan dan kerajaan Angkor 11. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini 12. Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya menguasai teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah kerajaan agraria yang kuat 13. Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika diusahakan dengan gigih

PEMASYURAN KEMERDEKAAN

Teks Pemasyuran Kemerdekaan Oleh Tunku Abdul Rahman PEMASYURAN KEMERDEKAAN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian RasulNya. Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia. Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu. Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu. Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala perjanjian yang lain ada sekarang antara Duii Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya. Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya. Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya. Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-duli Yang Maha Mulia-Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen. Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957. Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdu Rahman Putra ibni Aamarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Negeri Melayu dengan ini memasyurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subnahu wa ta’ala akan kekal menjadi sebuah Negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.