Thursday, September 23, 2010

SOALAN POPULAR PMR

1. Penciptaan tembikar berkaitan dengan zaman Neolitik
2. Kerajaan Angkor dan Funan merupakan kerajaan Agraria yang berasaskan pertanian.
3. Bahagian pentadbiran Srivijaya ialah pentadbiran diraja , pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran daerah
4. China mengurniakan cop mohor , sepersalinan pakaian kuning dan sekaki payung kuning kepada Melaka.
5. Hubungan Melaka dan Pasai ialah hubungan setaraf dan menggunakan istilah salam.
6. Pembangunan Melaka bergantung kepada kewibawaan pemimpin.
7. Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.
8. Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.
9. Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.
10. Pedagang beralih dari Melaka ke Acheh kerana dasar perdagangan penjajah.

No comments:

Post a Comment