Wednesday, September 22, 2010

SEJARAH PMR 2010

ULANG KAJI TINGKATAN 1

1. Rempah ratus diperlukan untuk mengawet & menyedapkan makanan, memanaskan badan

2. Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.

3. Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.

4. Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.

5. Pedagang beralih dari Melaka ke Acheh kerana dasar perdagangan penjajah.

6. Peranan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah ialah menaikkan semangat juang askar.

7. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berubah kerana menerima ancaman luar dan untuk tujuan keselamatan.

8. Perang Tiga Segi antara Acheh, Johor dan Melaka [Portugis] untuk menguasai jalan perdagangan

No comments:

Post a Comment