Wednesday, September 1, 2010

Sejarah STPM Kertas 2

Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik sebelum kedatangan kuasa barat.

Rangka Jawapan:

Pendahuluan:

 Dibahagikan kepada dua golongan
o Golongan pemerintah ~ (sultan ,pembesar)
o Golongan yang diperintah~ (rakyat)
 Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam pelbagai aspek
 Menggunakan hukum yang tidak bertulis

Isi:

Sebagai ketua pentadbiran
 Mempunyai kuasa mutlak dan melantik pembesar
 Merupakan ketua dalam sesebuah negara
 Raja boleh memecat pembesar

Sebagai ketua agama Islam
 Memutuskan dan menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam.
 Dibantu oleh ulama dalam hal ehwal agama
 Memastikan peraturan Islam dilaksanakan

Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat
 Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat
 Mempunyai kuasa dalam menentukan kutipan cukai dan hukuman
 Dikecualikan daripada hukuman
 Dapat menerima anugerah daripada rakyat dan pembesar

Hak keistimewaan

 Mempunyai penggunaan bahasa istana dan tinggal istana
 Mempunyai cop mohor dan alat kebesaran
 Unsur mitos
 Diperkuatkan dengan tokoh-tokoh utama
 Mempertinggikan status seseorang sultan
 Menunjukkan ketokohan sebagai raja atau sultan yang berdaulat

Konsep daulat
 Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai
 Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin
 Rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan

Dibantu oleh pembesar
 Mempunyai jawatan dan gelaran
 Pelantikan pembesar melalui sultan yang menurunkan cop mohor
 Membantu raja atau sultan mengekalkan keamanan negeri
 Menguruskan ekonomi dan sosial kawasan jagaan
 Hubungan saling bergantung antara raja atau sultan dan pembesar

Mempunyai kedudukan tanpa digugat
 Hukuman jenayah dihukum oleh pembesar
 Hukuman berat dihukum oleh sultan
 Pembesar membekalkan tenaga kerja kepada sultan untuk keperluan sultan
 Pengkhususan kerja
 Menguruskan hubungan luar
 Menyatupadukan rakyat
 Mengerahkan tenaga askar dalam pertempuran
 Mengekalkan keamanan, keadilan dan kesejahteraan rakyat

Kesimpulan:
 Peranan sultan atau raja
 Keistimewaan raja
 Peranan pembesar dalam membantu sultan atau raja
 Hubungan antara sultan atau raja dalam memperteguhkan kuasa raja-raja Melayu.

No comments:

Post a Comment