Saturday, October 31, 2015

SOALAN KBAT SPM

MENGAPAKAH SURAT KHABAR MASIH RELEVAN PADA ERA MODENISASI INI?

1. mudah didapati
2. murah harganya
3. ringan dan senang dibawa
4. boleh dibaca di mana-mana sahaja


APAKAH PERANAN MASJID PADA ZAMAN INI?

1. tempat menyebarkan ilmu
2. tempat perbincangan
3. tempat menyelesaikan masalah
4. tempat memupuk perpaduan

Monday, September 17, 2012

KONSEP TINGKATAN 3-PMR

JANGAN LUPA BACA!

ISU/ TAJUK

KETERANGAN

Faktor kemenangan Jepun ialah

Strategi berkesan, semangat perjuangan, perancangan rapi

Ekonomi kawalan

Utamakan Kaisha, catuan makanan

Kerajaan menggalakkan belajar bahasa Jepun

Untuk memupuk kesetiaan terhadap Maharaja Jepun

Untuk atasi masalah ekonomi Jepun memperkenalkan

Ekonomi kawalan

Iktibar kejayaan Jepun ialah

Bijak menyusun strategi

Jepun menyerahkan Kedah,Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Thailand

Sebagai balasan kerana mendapat kemudahan laluan tentera

Pengorbanan Leftenan Adnan ialah

Menentang Jepun

Leftenan Adnan terbunuh di

Bukit Gap Singapura

Kemunculan industri berasaskan bahan tempatan membuktukan

Masyarakat lebih kreatif

Slogan kempeitai [pasukan polis Jepun]

Ialah seksa dulu kemudian siasat

Jepun melantik pembesar tempatan kerana

Ingin mengatasi masalah kekurangan pegawai

Kesan pelantikan pembesar tempatan ialah

Melahirkan golongan pemimpin

Tujuan KMM bekerjasama dengan Jepun ialah

Mendapatkan kemerdekaan

Persamaan pentadbiran BROOKE dengan JEPUN ialah

Melibatkan PEMBESAR dalam pentadbiran

Tujuan Pentadbiran tentera British [PTB] dilaksanakan ialah

Melaksanakan pentadbiran peralihan, menegakkan undang-undang, mewujudkan keamanan

Anggota MPAJA mengganas 14 hari kerana

Kelewatan penubuhan kerajaan

Orang Melayu menentang MALAYAN UNION kerana

Tamadun orang Melayu diancam, pengenalan prinsip JUS SOLI

JUS SOLI ialah

Kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

UMNO  ditubuhkan untuk

 Menentang Malayan Union

Slogan UMNO ialah Hidup Melayu dan

Ditukar kepada MERDEKA oleh SYEIKH GHARIEB RAUB

Majlis, Warta Melayu dan Utusan Melayu [MUW]

Menentang MALAYAN Union

Kesan Kongres Melayu 1 ialah

Penubuhan UMNO

Demostrasi berlangsung di Alor Setar dan Kota Bharu kerana

Tamadun bangsa terancam

Kesan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ialah

 Sistem Raja Berperlembagaan diperkenal

Kesan tindakan komunis semasa darurat ialah

Melumpuhkan ekonomi

Penubuhan sekolah LATIHAN KHAS 101

Membuktikan kerjasama antara PKM dengan British

Tujuan Parti Komunis Malaya [PKM] ialah

 Menubuhkan REPUBLIK komunis Malaya

Orang Melayu menolak fahaman komunis

Kerana aspek ketuhanan

Kejayaan kempen ‘MEMENANGI HATI DAN FIKIRAN RAKYAT ialah

Menggembleng tenaga rakyat untuk menentang komunis

DARURAT diisytiharkan untuk

Melindungi kepentingan ekonomi

Peranan MIN YUEN ialah

 [menyediakan makanan, mendapatkan maklumat, membekalkan ubatan]-MUM

KAD pengenalan diperkenal untuk

Membasmi ancaman komunis

Syarat dalam Rundingan Baling ialah

Bubar PKM, letak senjata, serah diri

Darurat diisytiharkan kerana

Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah

Tujuan KONFERENSI dan konvensi ialah

Memupuk perpaduan kaum

Dato ONN menubuhkan Parti Negara

Untuk memupuk KERJASAMA kaum

Suruhanjaya Reid

 Merangka perlembagaan merdeka

Sekolah VERNAKULAR ialah

Sekolah yang guna bahasa ibunda

Kesan pelaksanaan sekolah vernakular ialah

Perpaduan sukar dicapai

Orang Cina dan India menjadi warganegara

Kerana kelonggaran syarat kerakyatan

Ciri SISTEM AHLI ialah

kabinet bayangan, 3 ahli

Masyarakat perlu mengundi untuk

Melaksanakan amalan demokrasi

Manifesto merdeka dalam 4 tahun dicadangkan oleh

Parti Perikatan

Rombongan 1956 ke London untuk

Menuntut kemerdekaan

Perlembagaan Sarawak 1941 tidak dilaksanakan kerana

Kedatangan Jepun

Kepentingan Perlembagaan Sarawak

Pemberian kuasa pemerintahan sendiri

Lee Kuan Yew menyokong gagasan Malaysia untuk

Melemahkan parti berhaluan kiri

Konfrontasi ialah

Penentangan Indonesia terhadap penubuhan Malaysia

Duri dalam daging berkaitan dengan

Penyingkiran Singapura

Kesan pembentukan Jawatankuasa Antara Kerja [JAK] ialah

Pentadbiran dikuasai

KONSEP TINGKATAN 2

SILA HAFAL !

ISU / TAJUK
KETERANGAN
Sultan kedah menghubungi Firma Jourdain Sullivan and de Souza untuk
Mengekal kedaulatan negeri
Kedah menghadapi ancaman
Siam,Burma, Bugis [SBB]
Sultan Kedah meminta bantuan luar
Untuk menghadapi ancaman
Sultan Abdullah membenarkan Francis Light menduduki P.Pinang kerana
Ingin mendapatkan bantuan ketenteraan
Pertapakan SHTI di P.Pinang
Kebijaksaan mengelak penjajahan
Kesan Francis Light menaikkan bendera Union Jack
Penjajahan kuasa asing
SHTI menguasai P.Pinang
Melalui tipu muslihat
Kedah mengutus surat kepada Francis Light kerana
Memungkiri janji
Kesan Surat-surat Kew ialah
British menduduki jajahan Belanda di Timur
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda ialah
Pembahagian kawasan pengaruh
Negeri-negeri Selat ditubuhkan untuk
Menjimatkan perbelanjaan
Persengketaan antara Dato Kelana dan Dato Bandar kerana
Hak memungut cukai
Kesan Perjanjian Pangkor
British kuasai pentadbiran negeri. Residen dilantik
Masalah di Larut ialah
Pergaduhan kongsi gelap
Campurtangan di Pahang kerana
Pembunuhan pedagang bernama Goh Hui
Sumbangan Tengku Kudin ialah
Majukan negeri, menamatkan kekacauan
Kesan serangan atas kapal dagang British di Kuala Langat ialah
Pelantikan residen
Tindakan J.W.W Birch ialah
Pengenalan cukai baru, pengharaman perhambaan
Kelemahan sistem residen diatasi dengan
Membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Tujuan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Menguatkan pertahanan ketenteraan
Kesan kritikan Sultan Idris  dalam Durbar Kedua ialah
Majlis Mesyuarat Persekutuan  ditubuhkan
Kesan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Kemerosotan kuasa pemerintah tempatan
Penduduk di wilayah Tabal berhijrah ke Kelantan kerana
Membantah kekuasaan Siam
Tindakan British menghalang kekuasaan negara barat lain di Asia Tenggara
Ialah menandatangani perjanjian dengan Siam
Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
Mewajibkan pendidikan  semua rakyat
Sultan Abu Bakar [Johor]
Mengisytiharkan Perlembagaan Negeri
Melalui sistem Kangcu , orang cina dari Singapura  ke Johor untuk
Menanam lada hitam
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
Melukis peta negeri
Pemerintah Johor melambat kedatangan British dengan
Melaksanakan sistem birokrasi barat

ISU /TAJUK
KETERANGAN
Pangeran Indera Mahkota
Kenakan cukai tinggi, kerahan tenaga
Orang Bidayuh dan Melayu mengusahakan
Perlombongan antimoni dan emas
Tindakan Pangeran Indera Mahkota menyebabkan
Kebangkitan rakyat [Bidayuh dan Melayu]
Sultan Brunei menghantar wakil ke Sarawak untuk
 Menguasai kekayaan
Pangeran Muda Hashim dihantar untuk
Menamatkan pemberontakan
Majlis Tertinggi Sarawak
Meluluskan undang-undang
Peranan DATU ialah
Penasihat pemerintah
James Brooke menubuhkan
Majlis Tertinggi, Majlis Negeri, Majlis Bahagian [TNB]
Perlembagaan  Sarawak 1941 tidak dolaksanakan kerana
Kedatangan Jepun
Dasar PECAH DAN PERINTAH bertujuan
Mengukuhkan kedudukan pemerintah, halang perpaduan kaum
Orang Eropah kuasai perusaah bijih timah kerana
Penggunaan teknologi moden
Kesan dwiekonomi ialah
Jurang ekonomi berlaku

KONSEP PENTING PMR 2012

TINGKATAN 1- PN.TVT

ISU/ TAJUK
KETERANGAN
Kaedah kajian Sejarah
Bertulis , arkeologi, lisan
Kelemahan kaedah lisan ialah
Ada unsur tokok tambah
Kepentingan sejarah ialah
Lahirkan perasaan jati diri
Lokasi zaman Paleolitik ialah
Bukit Jawa, Kota Tampan,Bukit Bunuh,Gua Niah
Kepentingan baray
Sistem pengairan
Zaman Neolitik guna peralatan
Tembikar
Masyarakat Paleolitik
Guna peralatan batu, hidup pindah- randah
Kerajaan berasaskan pertanian ialah
Angkor dan Funan
Pentadbiran Srivijaya ialah
Pentadbiran diraja, kerajaan, daerah
Lembah Bujang menjadi
Pelabuhan entrepot
Orang Laut
 Mahir membina kapal
Hasil ekonomi masyarakat pedalaman ialah
Rempah-ratus
Kepentingan Gunung Jerai ialah
Penunjuk arah
Kegiatan ekonomi masyarakat Kedah Tua
Menjalankan  kegiatan perdagangan
Pokok bakau dan api-api menjadi
Benteng pertahanan [ nilai kesyukuran]
Lawatan Laksamana Yin Ching
Menjamin keselamatan negeri
Kejayaan Melaka bergantung kepada
Kewibawaan pemimpin
Faedah lawatan Laksamana Yin Ching ialah
Mendapat perlindungan
Laksamana menjadi
Ketua angkatan laut, ketua duta, pengawal peribadi raja
Kawasan pegangan ialah
Kawasan pentadbiran