Tuesday, October 4, 2011

KONSEP SEJARAH TINGKATAN 1

1. Kaedah arkeologi melibatkan cabang gali cari, angkasa lepas dan maritim.
2. Ketepatan usia bahan arkeologi disahkan melalui pentarikhan radiokarbon.
3. Fosil ialah tinggalan haiwan atau tumbuhan zaman lampau.
4. Keadah lisan tidak tepat kerana mengandungi tokok tambah.
5. Zaman Mesolitik yang tidak wujud di Malaysia berkaitan dengan alat batu Hoabinh.

6. Kapak genggam digunakan pada zaman Paleolitik.
7. Pada zaman Neolitik beliung digunakan untuk menggali tanah dan mengetam kayu.
8. Penciptaan tembikar berkaitan dengan zaman Neolitik
9. Kerajaan Angkor dan Funan merupakan kerajaan Agraria yang berasaskan pertanian.

10. Raja kerajaan Srivijaya dikenali sebagai Raja Di Gunung Dan Maharaja Di Pulau.
11. Bahagian pentadbiran Srivijaya ialah pentadbiran diraja , pentadbiran ketenteraan, dan pentadbiran daerah
12. Masyarakat maritim mahir membuat kapal serta menguasai ilmu pelayaran.
13. China mengurniakan cop mohor , sepersalinan pakaian kuning dan sekaki payung kuning kepada Melaka untuk mengiktiraf.
14. Pokok bakau & api-api bertindak sebagai benteng pertahanan dan pelindung semulajadi
15. Muka bumi berbukit-bukau berfungsi sebagai petunjuk bagi pelayar & pertahanan Melaka.

16. Untuk mendapatkan sokongan , sultan memberi kuasa untuk kutip cukai melalui kawasan pemakanan dan mentadbir melalui kawasan pegangan.
17. Pelabuhan entrepot bermaksud pusat pengumpulan dan pengedaran barangan
18. Sistem cukai berkeutamaan atau Panduan adalah mengikut tempat asal peniaga.
19. Hubungan Melaka dan Pasai ialah hubungan setaraf dan menggunakan istilah salam.
20. Pembangunan Melaka bergantung kepada kewibawaan pemimpin.

21. Rempah ratus diperlukan untuk mengawet & menyedapkan makanan, memanaskan badan
22. Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.
23. Tun Perak mengarah pengikutnya membawa keluarga berpindah ke Melaka bagi menghadapi serangan siam untuk meningkatkan semangat angkatan tentera.
24. Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.
25. Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.

26. Pedagang beralih dari Melaka ke Acheh kerana dasar perdagangan penjajah atau kenaikan kadar cukai.
27. Peranan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah ialah menaikkan semangat juang askar.
28. Pusat pentadbiran kerajaan Johor sering berubah kerana menerima ancaman luar dan untuk tujuan keselamatan.
29. Perang 3 Segi antara Acheh, Johor dan Melaka [Portugis] untuk menguasai jalan perdagangan.
30. Pembesar yang terlibat dalam usaha menawan Melaka ialah Tun Sri Lanang [pengarang Sejarah Melayu] dan Tun Abdul Jamil.

31. Meramu ialah kegiatan mengumpul hasil hutan untuk tujuan perdagangan.
32. Denai penarikan ialah jalan singkat yang menghubungkan Pahang dengan Melaka namun perahu perlu ditarik untuk sampai ke sungai.
33. Tarian Ngajat ditarikan sebagai tanda kesyukuran semasa pesta menuai padi [Hari Gawai - Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai Kenyalang, Gawai Antu]
34. Perlombongan antimony dan emas di Sarawak diusahakan oleh kaum Bidayuh
35. Tepung sagu diperoleh daripada ripo atau isi pokok sagu.

36. Orang Penan dilarang menetap secara kekal, dilarang menebang pokok besar dan melapangkan kawasan hutan.
37. Orang Iban percaya jika burung ketupung dan burung beragai berbunyi menandakan tidak boleh mendirikan rumah di kawasan tersebut.
38. Orang Iban menyimpan tajau yang berfungsi sebagai harta simpanan.
39. Sistem serah ialah pemberian sebahagian hasil tanaman kepada pemerintah.
40. Sistem kerah ialah melakukan tugas tanpa upah.

No comments:

Post a Comment