Tamadun India adalah merupakan salah sebuah tamadun besar dunia yang telah banyak memberi pengaruh kepada peradaban tamadun selepasnya. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan tamadun India, bermula daripada zaman prasejarah seterusnya sehinggalah kepada perkembangan Islam di India dan akhirnya berlaku penjajahan Barat ke atas India.
Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind, Pakistan) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi.
Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama. Sungai Indus sebagai sumber dan nadi kerana hasil pertaniannya seperti kapas, gandum, barli, kacang dan bijan.
No comments:
Post a Comment