Monday, February 20, 2012

JOSE RIZAL

Jose Rizal merupakan anak yang ketujuh dalam keluarga Francisco Rizal Mercado dan Teodora Alonso dan dilahirkan di dalam sebuah keluarga Cina-Mestizo yang mewah di Calamba, Provinsi Laguna, Filipina. Rizal merupakan keturunan kelima Domingo Lam-co, seorang saudagar Cina yang telah berhijrah ke Filipina dari Amoy, China akhir abad ke-17. Lam-co berumahtangga dengan seorang wanita keturunan Cina-Mestizo, Inez de la Rosa. Untuk melepaskan keturunannya dari polisi perkauman yang dikenakan ke atas penduduk Cina oleh kerajaan Sepanyol yang memerintah Filipina pada masa itu, Lam-co menukar nama keluarganya ke "Mercado". Nama "Mercado" ditukar ke "Rizal" oleh Jose Rizal sendiri, atas nasihat abangnya, Paciano Mercado, supaya kegiatan kemerdekaan yang dijuang oleh Rizal tidak mempunyai implikasi ke atas keluarganya.

Jose Rizal mula belajar dengan Justiniano Cruz di Laguna. Beliau kemudian pergi ke Manila untuk belajar di Ateneo Municipal de Manila (kini Universiti Ateneo de Manila) di mana beliau meraih ijazah Sarjana Muda pada 1877. Beliau menyambung pelajarannya di Ateneo Municipal untuk meraih ijazah dalah bidang pengukuran dan pemetaan tanah dan pada masa yang sama, belajar di Universiti Santo Tomas dalam bidang sastera dan falsafah. Apabila beliau sedar bahawa ibunya akan menjadi buta, beliau telah bercadang untuk mengambil bidang perubatan (pakar sakit mata) tetapi tidak menamatkan kursusnya kerana beliau rasa pelajar Filipina didiskriminasikan oleh paderi-paderi Dominican yang mengurus universiti tersebut.
Beliau kemudian pergi ke Madrid, Sepanyol untuk menghabiskan kursusnya dalam perubatan, walaupun ditentang oleh bapanya. Beliau lulus dengan ijazah perubatan dari Universidad Central de Madrid.

No comments:

Post a Comment