Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.
Sunday, April 1, 2012
Monday, March 12, 2012
ADAT SUTTEE DI INDIA

Satī atau adat SUTTEE adalah amalan pemakaman wanita yang masih hidup di India.
Perempuan yang baru saja menjadi janda secara sukarela, atau dipaksa, untuk membakar dirinya di tempat pemakaman suaminya.
Praktik telah dilarang di India sejak tahun 1829.
Istilah ini berasal dari dewi Sati yang membakar dirinya.
BEBAT KAKI DI CHINA


BEBAT KAKI ATAU FOOTBINDING
Asal-usul praktik ini tak diketahui secara jelas, namun diperkirakan tradisi ini telah mulai ada sejak zaman Dinasti Xia. Catatan sejarah mengenai tradisi ini mulai ditemukan sejak zaman Dinasti Song.
Tradisi ini dibangun atas dasar pandangan masyarakat bahawa berkaki kecil adalah lambang kecantikan seorang wanita. Di zaman Dinasti Song, tradisi ini hanya dipraktikkan oleh wanita dari kelas menengah dan atas. Sampai pada zaman Dinasti Ming baru dipraktikkan secara luas oleh wanita dari suku Han. Tentunya ada beberapa pengecualian di beberapa etnik tertentu misalnya etnis Hakka di mana kaum wanitanya harus turun membantu di ladang.
Di zaman Dinasti Qing, dieluarkan beberapa kali larangan untuk mengikat kaki, namun kerana pengaruh tradisi ini sangat dalam sehingga larangan ini tidak begitu diendahkan dalam kalangan suku Han. Sedangkan tradisi ini tidak begitu popular dalam kalangan suku Manchu
Monday, February 20, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)




