Monday, March 21, 2011

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Barisan Perdana Menteri Malaysia yang berkaliber, berketerampilan dan pragmatik.

Lima mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia yang keenam

Tuesday, February 1, 2011

SISTEM PEMBESAR DI JEPUN DAN CHINA

Di Jepun, Shogun Tokugawa memainkan peranan yang penting dalam sistem beraja di Jepun kerana pembesar inilah yang sebenarnya mengambil alih pemerintahan di Jepun. Shogun in pula mempunyai beberapa lapisan dalam sistem sosialnya.
Paling atas sekali ialah Shogun yang yang menguasai pemerintahan. Shogun ini pula dibantu oleh golongan Daimyo yang setia kepada shogun untuk memperkukuhkan kedudukan Shogun.
Golongan Daimyo terbahagi kepada dua golongan iaitu Daimyo Fudai yang sangat setia kepada Shogun kerana mereka ini mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Tokugawa. Biasanya golongan ini diletakkan ditempat yang strategik dan penting. Sementara satu lagi golongan Daimyo dikenali sebagai daimyo Tozama. Mereka ini biasanya diletakkan di kawasanyang berjauhan. Daimyo Tozama juga tidak dibenarkan mengumpul harta kerana dibimbangi akan memberi saingan kepada Shogun.Kebiasaan Daimyo-daimyo ini menguasai perladangan dan estet dan mereka ini disokong oleh Samurai. Golongan Daimyo ini mempunyai kekuasaan sepenuhnya ke atas wilayah yang didudukinya. Bagi mengelakkan ancaman daripada golongan Daimyo, mereka ini dipaksa tinggal di Yedo selama empat hingga enam bulan berjauhan dengan keluarga yang dianggap sebagai tebusan melalui sistem yang dikenali sebagai Sankin Kotai. Melalui "Law for the militar House" Shogun Iyeyasu telah menentukan had jumlah ketenteraan dan melarang golongan ini mengadakan pakatan antara mereka. Jika mereka ingkar, tanah atau wilayah yang mereka diduduki akan dirampas dan diletakkan di bawah Shogun
Dalam sistem sosial zaman Tokugawa, terdapat juga golongan petani, pertukangan dan saudagar. Golongan petani tarafnya lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan kelas pertukangan dan saudagar.
Di negeri China pula, sistem sosialnya dibahagikan kepada maharaja, golongan bangsawan, golongan terpelajar, golongan tani, golongan pertukangan, peniaga, dan golongan askar.
Maharaja menduduki tempat yang teratas yang mempunyai kuasa autokrat dan menggubal undang-undang.
Di bawah raja merupakan golongan bangsawan. Mereka ini mempunyai wilayah mereka yang tersendiri dan berkuasa mentadbir di wilayah tersebut. Golongan inilah yang memainkan peranan penting ke arah kestabilan pemerintahan Dinasti Manchu. Golongan ini juga ada yang disebut sebagai hulubalang yang mempunyai anggota tentera yang khusus dalam mengekalkan kestabilan pemerintahan Dinasti Manchu.
Golongan ini jugalah yang bangun memberontak menentang kerajaan pusat seperti yang berlaku semasa kematian Yuan Shih Kai. Golongan hulubalang ini telah mengistiharkan kemerdekaan wilayah masing-masing dan bersaing sesama sendiri dalam merebut kawasan dan kekuasaan

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Tahun Baru 2011

PEJAM CELIK PEJAM CELIK
akhirnya kita sudah menghampiri
penghujung tahun 2010.
Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang mendapat 'A' dalam
mata pelajaran Sejarah PMR baru-baru ini.
Teruskan perjuangan kerana perjuangan yang sebenar bermula ketika kamu di tingkatan 4.

Semoga Berjaya.
Selamat Tahun Baru 2010,
tanamkan tekad dan usaha dengan nekad

Wednesday, November 24, 2010

GLOBALISASI

MAKSUD
- perubahan kepada dunia tanpa sempadan
- perubahan akibat kepesatan atau kepantasan perkembangan teknologi
maklumat
- perubahan akibat kemajuan teknologi dan komunikasi
- Barangan dapat menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat

- tenaga dan modal dapat menyeberangi sempadan dalam masa yang
singkat

KESAN
- perkembangan teknologi maklumat
- meningkatkan ekonomi negara
- mengukuhkan hubungan serantau
- meningkatkan keruntuhan akhlak

PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN


FAKTOR PENJELAJAHAN DAN PENEROKAAN ORANG EROPAH


1. Desakan ekonomi- keperluan bahan mentah dari timur seperti emas, sutera dan rempah ratus
2. Semangat kagamaan- mereka ingin menyebarkan agama kristian ke seberang laut.
3. Galakan raja Sepanyol dan raja Portugal-galakan Putera Henry
4. Motto gold,gospel dan glory disebarkan.


KESAN PENJELAJAHAN TERHADAP MASYARAKAT SETEMPAT


1. Syarikat berpiagam diwujudkan.
2. Barangan dari Eropah telah memperkaya ekonomi dan masyarakatnya.
3. Masyarakat tempatan terpengaruh dengan gaya hidup orang Eropah.
4. Masyarakat peribumi telah menerima kristian.

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W YANG HARUS DICONTOHI IALAH

1. ketua keluarga yang bersifat terpuji
- membuat kerja rumah
- menjadi teladan kepada anak-anak

2. pemimpin yang bijaksana
- menyelesaikan isu perletakan Hajar Aswad

3. pemimpin yang unggul
- siddiq
- sentiasa bercakap benar
- amanah dan dipercayai

4.pemaaf dan suka merendah diri
- memaafkan kaum Quraisy semasa pembukaan semula Kota Makkah
- dapat bergaul mesra dengan semua orang

5. sangat penyabar
- menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan

Friday, November 19, 2010

GERAKAN NASIONALISME THAILAND



Apakah faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand?




F-Rakyat menentang sistem raja berkuasa mutlak.


F-Sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap sistem raja berpelembagaan kepada golongan intelek Thailand.


F-Kelemahan sistem pentadbiran.F-Sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.


F-Penubuhan Parti Rakyat pimpinan Nai Pridi Panomyong dan Field Marshal Phibul Songram


F-Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932.


F-Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.








Gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand?


F-Cengkaman Kapitalis.


H-Rasa tidak puas hati rakyat


H-Perdana Menteri Phibul Songram meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.


H-Sekolah dan akhbar Cina dibubarkan.




F-Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam ekonomi.


H-Jawatan tertinggi kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.




F-Pada 1939,Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.


H-Thailand telah berjaya mendapatkan wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu semula.








Mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaan berbanding negara-negara Asia Tenggara yang lain?


F-Perkembangan sistem pendidikan Barat.


F-Memperkenalkan sistem Birokrasi Barat.


F-Muncul golongan baharu dalam pentadbiran berdasarkan tahap pendidikan.


F-Pemodenan pentadbiran berjaya mengekalkan kemerdekaan.


F-Memperkenalkan sistem raja berperlembagaan menggantikan raja berkuasa mutlak.


F-Melantik penasihat Barat untuk mengetuai jabatan dan melatih pegawai tempatan.