Monday, November 15, 2010

SEJARAH TINGKATAN 4





  • Sumbangan Tamadun Hwang Ho dan Indus




  • Pengaruh Hindu-Buddha dalam pentadbiran




  • Sifat Kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w




  • Perjanjian Aqabah 1 dan 2




  • Peperangan dalam Islam




  • Pembukaan semula kota Makkah




  • Teori kedatangan Islam




  • Kesan kedatangan Islam




  • Pengaruh Islam ke atas masyarakat




  • Undang-undang Tanah




  • Cara Kemasukan Buruh dan kesannya




  • Perbandaran








TUMPUAN SPM

Tulisan Ideogram
SIMBOL YIN YANG
TINGKATAN 4




1. Sumbangan Tamadun Hwang Ho



  • memperkenalkan sistem pemerintahan monarki


  • gelaran raja ditukar kepada maharaja


  • pembinaan sistem pengairan


  • pembinaan terusan. Contoh : Szechwan


  • penciptaan cangkul dan sabit


  • penanaman di atas batas


  • pemujaan roh nenek moyang


  • Penciptaan tulisan berbentuk simbol/ ideogram


  • Konsep Yin Yang [Alam semesta terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi


  • Konsep Feng Shui [cara manusia hidup secara harmoni]

Monday, November 8, 2010

Tumpuan Sejarah Kertas Dua

Pelajar STPM yang dikasihi, di sini saya senaraikan beberapa tajuk penting Sejarah Malaysia yang menjadi tumpuan pada tahun ini:
  • sistem politik sebelum kedatangan Barat
  • ekonomi sara diri dan komersial sebelum kedatangan Barat
  • penentangan terhadap penjajah di Perak dan Pahang

Sejarah Asia pula tumpuan yang lebih harus diberikan kepada tajuk :

  • Adat di Thailand, Myanmar, India dan China
  • Dasar tutup pintu [isolasi]
  • Perjanjian Kanagawa dan Bowring

Sunday, October 3, 2010

JAMES BROOKE- RAJA PUTIH SARAWAK











James Brooke merupakan seorang pedagang yang belayar ke Borneo pada tahun 1838, dia tiba di Kuching pada bulan Ogos tahun yang sama dan dia mendapati perkampungan itu menghadapi pemberontakan kaum Bidayuh dan Melayu menentang Kesultanan Brunei.
Dia membantu Pengeran Muda Hashim [Sultan Brunei ]menghadapi ancaman itu dan diberi gelaran Raja Putih Sarawak dengan mengugut Sultan Brunei

James Brooke kemudiannya membuat segala macam persiapan bagi mengukuhkan kedudukannya di Sarawak seperti mengubah corak pentadbiran dan sebagainya. Brooke kembali ke England apabila dia dilantik menjadi gabenor dan komander Labuan dan menjadi Konsul Jeneral British di Borneo.

Dia memerintah Sarawak sehinggalah kematiannya pada tahun 1868

TAMADUN HARAPPA







Tamadun India adalah merupakan salah sebuah tamadun besar dunia yang telah banyak memberi pengaruh kepada peradaban tamadun selepasnya. Peradaban Lembah Indus merupakan permulaan kepada perkembangan tamadun India, bermula daripada zaman prasejarah seterusnya sehinggalah kepada perkembangan Islam di India dan akhirnya berlaku penjajahan Barat ke atas India.

Penemuan-penemuan tinggalan arkeologi di kawasan Harappa yang bermula pada tahun 1872 dan di Mohenjodaro (di daerah Larkana, Sind, Pakistan) pada tahun 1921 menunjukkan masyarakat Lembah Indus telah mencapai satu tahap tamadun yang tinggi termasuk dalam bidang pertanian, pertukangan dan organisasi.
Masyarakat Lembah Indus menjadikan aktiviti pertanian dan penternakan sebagai aktiviti utama. Sungai Indus sebagai sumber dan nadi kerana hasil pertaniannya seperti kapas, gandum, barli, kacang dan bijan.

Saturday, October 2, 2010

TAMADUN HWANG HO

1. Tamadun Hwang Ho merupakan salah satu tamadun awal dunia.

(a) Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang
(i) ..................................................................................................................... [1 m]

(b) Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.
(i) ......................................................................................................................
(ii) .....................................................................................................................[2 m]

(c) Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou ?
........................................................................................................................... [1 m]

(d) Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapat sokongan
daripada pembesar mereka ?
(i) ........................................................................................................................
(ii) .......................................................................................................................
(iii) ...................................................................................................................... [3 m]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan
dalam Tamadun Hwang Ho?
(i) .........................................................................................................................
(ii) ........................................................................................................................
(iii) .......................................................................................................................[3m]

SEJARAH MELAKA





ALFONSO DE ALBUQUERQUE telah mengetuai serangan ke atas Melaka









China mengurniakan cop mohor , sepersalinan pakaian kuning dan sekaki payung kuning kepada Melaka.

Pokok bakau & api-api bertindak sebagai benteng pertahanan dan pelindung semulajadi

Muka bumi berbukit-bukau berfungsi sebagai petunjuk bagi pelayar & pertahanan Melaka.

Untuk mendapatkan sokongan , sultan memberi kuasa untuk kutip cukai melalui kawasan pemakanan dan mentadbir melalui kawasan pegangan.

Pelabuhan entrepot bermaksud pusat pengumpulan dan pengedaran barangan

Sistem cukai berkeutamaan atau Panduan adalah mengikut tempat asal peniaga.

Hubungan Melaka dan Pasai ialah hubungan setaraf dan menggunakan istilah salam.

Pembangunan Melaka bergantung kepada kewibawaan pemimpin.

Rempah ratus diperlukan untuk mengawet & menyedapkan makanan, memanaskan badan

Faktor kejayaan Tun Perak menghalang serangan Siam ialah kemantapan strategi.

Tuntutan Alfonso ialah membebaskan tawanan, bayar ganti rugi dan bina kubu.

Masalah perpaduan di Melaka berpunca daripada perebutan kuasa, persaingan kaum dan persengketaan pemerintah.







MELAKA SUATU KETIKA DAHULU